Thursday, August 19, 2010

DAGING BURGER MC DONALD TAK HALAL???!!!

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini banyak betul sesi berbuka puasa.
Pihak JAKIM juga telah mengeluarkan senarai hotel-hotel yang mendapat Pengesahan Sijil Halal. Terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk mencari sumber yang bersih menjadi santapan waktu berbuka. Ini lagi satu berita yang amat memeranjatkan aku tatkala mengunjungi blog
Teratak Usang.....kisah Daging MC Donald tidak mendapat pengesahan sijil halal
daripada pihak Jakim. Adehhhh baru berangan-angan nak makan GCB..alamatnya tak dapatlah nak makan. Tapi GCB tu ayam kan...camana ek? Ada sesiapa yang boleh bagi jawapan???
Di bawah ini ada bukti surat penarikan balik dari senarai yang diiktiraf so bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tu rajin2kan diri godeh web Jakim ye..
Sesungguhnya apa yang kita makan akan jadi darah daging kita...so perlu berhati-hati dalam hal2 sebegini.


Pihak JAKIM telah menarik balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf berkuatkuasa 15 April 2010. Bukti pertama adalah seperti di bawah.


Halal Malaysia

Diikuti dengan bukti kedua iaitu surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber pemberi salinan surat ini. Bertarikh 19 Ogos 2010.



‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)

Maklumat tentang Mac Food

Bagi yang tak percaya Mac Food Services supplier McDonald boleh rujuk ni (direct daripada laman web McDonald Malaysia):
http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf
Terang-terang tulis..Mac Food Services supplier UTAMA McDonald!!

Info lanjut:

Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189

Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)

Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam

Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets

Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S

dan

Kenyataan akhbar yang merujuk Mac Food Services adalah supplier UTAMA McDonald (direct daripada laman web McDonald Malaysia: http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf

Kepada semua pembaca, tolong sebarkan informasi ini pada semua saudara seIslam. Moga dengan perkongsian ini, kita akan lebih berwaspada dan di ampunkan oleh Allah.

3 comments:

  1. Salam zures..
    sib baik orng kat rmh ni tak suka mkn berger daging.tapi yang ayam camna pulak ekk? halal ke?

    ReplyDelete
  2. Saya rasa takde masalah nak makan burger daging McDonald's. Tengok link ni, 100% PURE BEEF HAMBURGER dari Macfood Services ada sijil halal, tarikh luput 30/9/2012.

    http://www.halal.gov.my/v2/directory/viewdetail.php?comp_code=COMP-20050701-153950&id=CON-20090224160629&type=C

    ReplyDelete
  3. [url=http://dcxvssh.com]zCGUk[/url] - vAaXEZewKkLlc , http://yuxeflk.com

    ReplyDelete

Ke manakah lokasi percutian anda?