Tuesday, September 25, 2012

KACAMATA BARU

Thanks kakak untuk hadiah yang cute ni....
Hadiah birthday mummy yang tertunda....
Walau apapun ia tetap cantik...


Teringat dulu masa mummy masih kecil...berangan nak pakai cermin mata.
Terasa orang yang memakai cermin mata tu lawa sangat. Of causelah
dalam fikiran mummy orang yang pakai cermin mata adalah seorang yang pandai
sebab mereka semestinya seorang ulat buku. Pernah satu ketika mummy curi-curi pakai
cermin mata kepunyaan abang mummy sendiri....hinggalah mummy pening kepala.
Sekarang bila usia telah meningkat...cermin mata dah wajib kena pakai barulah
mummy tahu bahawa memakai cermin mata sesuatu yang amat membosankan (pandangan mummy je tau). Masing-masing punya pendapatlahkan....tapi sejujurnya itulah yang mummy
rasa. Akhirnya sekarang cermin mata mummy pakai hanya jika perlu dan ditempat yang
memerlukan mummy memakainya.

 Hari ini anak mummy pula mengadu pandangannya kabur sewaktu beradadi dalam kelas.
Bawa pergi check mata dan akhirnya terpaksa buat cermin mata.
Bukan main suka lagi dapat cermin mata baru...

Menghabiskan masa sebelum kakak kembali ke asrama.

Thursday, September 20, 2012

PENGESAHAN HARAM OLEH JAKIM

Petikan dari FB abang mummy.
Sebagai peringatan bagi seluruh umat islam bahawa dua produk ini telah
disahkan mengandungi DNA Babi oleh pihak Jakim. Subhanallah...
Diharap semoga kita bersama-sama menjaga apa yang kita makan
kerana apa yang masuk di dalam tubuh badan kita akan menjadi darah daging kita.


Jaga-jaga

Ke manakah lokasi percutian anda?