Followers

Thursday, August 26, 2010

EFFECT OF COLD WATER


EFFECTS OF COLD WATER


Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua. Apatah lagi bulan puasa ni memang bergelas-gelaslah
airbatu yang diminum. Berhati-hati ye....

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita .
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.....

Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

Thursday, August 19, 2010

DAGING BURGER MC DONALD TAK HALAL???!!!

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini banyak betul sesi berbuka puasa.
Pihak JAKIM juga telah mengeluarkan senarai hotel-hotel yang mendapat Pengesahan Sijil Halal. Terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk mencari sumber yang bersih menjadi santapan waktu berbuka. Ini lagi satu berita yang amat memeranjatkan aku tatkala mengunjungi blog
Teratak Usang.....kisah Daging MC Donald tidak mendapat pengesahan sijil halal
daripada pihak Jakim. Adehhhh baru berangan-angan nak makan GCB..alamatnya tak dapatlah nak makan. Tapi GCB tu ayam kan...camana ek? Ada sesiapa yang boleh bagi jawapan???
Di bawah ini ada bukti surat penarikan balik dari senarai yang diiktiraf so bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tu rajin2kan diri godeh web Jakim ye..
Sesungguhnya apa yang kita makan akan jadi darah daging kita...so perlu berhati-hati dalam hal2 sebegini.


Pihak JAKIM telah menarik balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf berkuatkuasa 15 April 2010. Bukti pertama adalah seperti di bawah.


Halal Malaysia

Diikuti dengan bukti kedua iaitu surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber pemberi salinan surat ini. Bertarikh 19 Ogos 2010.



‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)

Maklumat tentang Mac Food

Bagi yang tak percaya Mac Food Services supplier McDonald boleh rujuk ni (direct daripada laman web McDonald Malaysia):
http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf
Terang-terang tulis..Mac Food Services supplier UTAMA McDonald!!

Info lanjut:

Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189

Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)

Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam

Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets

Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S

dan

Kenyataan akhbar yang merujuk Mac Food Services adalah supplier UTAMA McDonald (direct daripada laman web McDonald Malaysia: http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf

Kepada semua pembaca, tolong sebarkan informasi ini pada semua saudara seIslam. Moga dengan perkongsian ini, kita akan lebih berwaspada dan di ampunkan oleh Allah.

Wednesday, August 18, 2010

BAGAIMANA KEKAL CERGAS DI BULAN RAMADAN

Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih. Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.

Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.

Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.

Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.


Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.

Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.

Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.

Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.


Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.

Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.

Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.

Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.

Selamat Berpuasa!

Wednesday, August 11, 2010

YOGURT SPECIAL DARI HANA

Jalan-jalan cari resepi untuk anak-anak berbuka puasa.
Nampak pula resepi Yogurt Fruit kat blog Hana.
Ni memang pasti anak-anak mummy memang suka ni.
Biar semangat sikit diorang nak puasa.


RESEPI YOGURT FRUITS
Bahan-bahan
  • Campuran buah2an pilihan - strawbery, blueberry, nenas, mangga etc - hana gune tembikai je
  • 1 cawan yogurt plain - yogurt Greek yg sedap
  • 1/3 tbsp lemon jus
  • 2 tbsp gula@madu
  • Daun pudina - hiasan
Cara-cara
  • Campurkan yogurt dan lemon jus. Ketepikan
  • Campuran buah2an satukan ke dalam mangkuk dan gaul dengan gula@madu.
  • Jika suka hiriskan daun pudina sedikit. Masukkan ke dalam bekas.
  • Tuangkan yogurt tadi dan hiaskan dengan daun pudina.

RESEPI FRUIT YOGURT PARFAIT
Bahan-bahan
  • Campuran buah2an- strawberry, blueberry, nenas, mangga etc
  • 1 cawan yogurt plain
  • 1/3 cawan jus oren
  • 1 tbsp parutan kulit oren
  • 2 sudu besar honey
  • Cereal
  • Daun pudina
Cara-cara
  • Campurkan buah2an campuran dengan honey. Masukkan 2helai daun pudina yang dihiris. Gaul sebati. Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan.
  • Mangkuk lain, campurkan yogurt, jus dan juga kulit parutan oren. Gaul.
  • Curahkan ke atas buah2an tadi. Jika suka bleh layerkan. Akhir sekali buh cereal.
  • Hiaskan dengan daun pudina.


TERIMAKASIH HANA KERANA BERKONGSI RESEPI INI.

Thursday, August 5, 2010

ISTIMEWA UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI...



TERIMALAH HADIAH ISTIMEWA DARI MUMMY SEMPENA BULAN RAMADHAN YANG BAKAL MENJELANG.
SILA KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN HADIAH.