Followers

Friday, November 22, 2013

Sekalung Tahniah buat Anakanda Irfan...

Ni post tertunda....orang lain dah lama update tapi mummy baru berkesempatan hari ni.
Ucapan tahniah buat Abang aka Anakanda Irfan kerana telah memperolehi 4A 1B di dalam peperiksaan UPSR baru-baru ni. Walaupun tak berjaya mendapat 5A, mummy tetap berbangga dengan kejayaan abang.
Doa mummy semoga abang menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin...




Friday, November 8, 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM BUAT ANAKANDA TERSAYANG...

Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kalian...
Puteri-puteri MRSM Kuala Klawang










Monday, September 30, 2013

Majlis Doa Restu @ MRSM Kuala Klawang

Tanggal 27-09-2013.
MRSM Kuala Klawang.
Menghadiri Majlis Doa Restu untuk kakak yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
Setelah berusaha dan berusaha...maka inilah usaha yang terakhir pula
bertawakkal kepada Allah SWT...

Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin, Solat Sunat Duha dan seterusnya Solat Hajat oleh Guru-guru, para pelajar dan Ibubapa yang hadir. Selain usaha...doa restu ibubapa juga sangat-sangat diperlukan.
Sesungguhnya redha Allah datang dari redha ibubapa.
Harapan mummy semoga kakak akan memperolehi kejayaan yang cemerlang nanti...









Anda Pasti Boleh...

http://www.mrsmkklawang.edu.my/http://www.mrsmkklawang.edu.my/

Wednesday, September 18, 2013

MRSM KUALA KLAWANG LAGI...

16-9-2013. Selamat Hari MALAYSIA.
Terimakasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menjadikan hari ini sebagai
hari cuti umum. Semoga semua rakyat Malaysia tahu sejarah tentang bagaimana
penubuhan Malaysia. Peace....Semoga Malaysia tetap AMAN...

Hari ni juga mummy ke MRSM Kuala Klawang lagi.
Hantar kakak balik asrama...menghabiskan sisa-sisa kehidupan
sebagai seorang pelajar di sana. Teringat sewaktu mula-mula dapat tahu berjaya dapat memasuki asrama
berkenaan...bukan main susah mummy pujuk kakak untuk menerima tawaran itu. kata mummy...
"Orang lain berebut-rebut nak ditempatkan di sana...kenapa kakak taknak?"
Akhirnya dengan berat hati kakak ikut juga kehendak mummy.
Terimakasih kakak.
Sesungguhnya hanya satu hajat mummy iaitu menempatkan kakak ditempat yang terbaik
dan mahu melihat kakak berjaya. Kejayaan kakak adalah hadiah yang tidak bernilai buat mummy.
Hanya itu yang mampu mummy berikan sementara mummy masih di dunia ini.
Mummy sentiasa mendoakan agar kakak berjaya dengan cemerlang di dalam
peperiksaan SPM tidak lama lagi. Sekejap je kan....alangkah pantasnya masa berlalu...

Akhirnya Selamat Menduduki Peperiksaan SPM buat kakak khasnya dan buat semua pelajar amnya
semoga semuanya memperolehi kejayaan yang cemerlang. Amin...Terimakasih juga buat cikgu-cikgu yang mengajar anak mummy....sesungguhnya Jasa Kalian tidak dapat dibayar dengan wang ringgit...





Thursday, August 29, 2013

Update gambar raya sikit....

Walau masing masing penuh dengan senyuman namun dalam hati tetap
merasakan kekosongan tanpa ibu dan ayah. Sesungguhnya
andailah masa itu boleh diputarkan kembali...ahhhh






Wednesday, April 24, 2013

Sultan Kelantan Yang Di Kasihi



Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia.

"Allahuakbar"

- Kelantan Negeri Serambi Mekah

Berapa Like & "SHARE" untuk Tuanku Sultan Muhammad Ke-V Kebanggaan Rakyat Kelantan & Malaysia...

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"

Friday, March 15, 2013

Jadual gaji minimum maximum bg skim j

Thursday, March 14, 2013

Dokumen dari Brunei- Sultan Brunei tak pernah serahkan Timur Sabah kepada Sulu!

Kesultanan Suluk tidak berhak keatas Sabah kerana Kesultanan Brunei tidak pernah menyerahkan wilayah tersebut kepada Suluk dalam sejarah

Asal Dokumen dari Brunei Times Sunday Sept 21 , 2008.







Kesultanan Brunei telah memajakkan wilayah Sabah pada abad ke-19 kepada Baron Von Overbeck. Kuasa mentadbir Timur Sabah t berada ditangan Baron von Overbeck pada 1877. Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah, Baron telah  membuat perjanjian dengan Raja Suluk bagi mengelak masalah-masalah di kemudian hari. Duit pajakan wilayah Sabah yg dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong pada 1877, manakala duit yg dibayar kepada Sultan Suluk hanya $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878Daripada jumlah duit pajakan yang dibayar sudah JELAS menunjukkan siapa yang sebenarnya berkuasa/ berhak di Sabah pada masa itu.
Baron von Overbeck kemudian menjual haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menjualnya kepada Kerajaan British. 
 
Pada awal 1960an, rakyat Sabah telah memilih menyertai negara baru Malaysia (Setelah dapatan Suruhanjaya Cobbolt 1963) mendapati bahawa majority rakyat Sabah  mahu merdeka dalam Malaysia- dan pilihan ini dihormati oleh Kerajaan dan Rakyat Brunei. 

 Isu tuntutan Suluk ke atas Sabah mengikut perspektif Brunei dilampirkan (Sumber: ms 193-197 & ms 254-254, Buku "Tarsilah Brunei II- Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran" oleh Pehin Jami Al-Sufri, 1997).

Bahan bacaan lain mengenai bagaimana Brunei kehilangan wilayah Sabah:  
Brunei Times Sept 21 2008 


 
 

 
Kesultanan Brunei telah memajakkan wilayah Sabah pada abad ke-19. Kuasa penjanjian yang lebih merupakan perjanjian keamanan tersebut dibuat oleh  Baron von Overbeck pada 1877. Baron menyedari pihak Suluk juga menuntut sebahagian wilayah Sabah, maka beliau (Baron Von Beck)  juga membuat perjanjian dengan Raja Suluk bagi mengelak masalah-masalah di kemudian hari. 

 Baron von Overbeck kemudian menjual haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menjualnya kepada Kerajaan British.
 


Sumber

Brunei Times
Facebook Old Brunei Banknotes

Wednesday, March 6, 2013

KRONOLOGI LAHAD DATU

KUALA LUMPUR 5 Mac - Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu: 

12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan â€Raja Sulu†dari selatan Filipina.

14 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat â€Kesultanan Sulu†dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

18 Feb - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat, namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daud terkorban, manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung itu.

4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina, Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai.

4 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.

4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.

5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.” BERNAMA

Tuesday, March 5, 2013

WALAU TERPAKSA

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?

Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH..

Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut..

1 MALAYSIA: Video Pengakuan Sabah Milik Malaysia...Alhamdulila...

Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan segera. Doa buat adik ipar mummy serta kesemua perwira-perwira negara agar semuanya selamat. Insyaaallah. Yang pergi telah pun pergi diharapkan yang tinggal akan terus berjuang demi mempertahankan tanah tumpah darah kita.

1 MALAYSIA: Video Pengakuan Sabah Milik Malaysia...Alhamdulila...

Tuesday, February 5, 2013

Hadiah Birthday Si Adik

28hb yang lepas adalah birtday adik yang ke 10 tahun. Seperti biasa setiap hari jadi kami
tak sambut beriya sangat...sekadar keluar makan-makan dan beli kek untuk diraikan bersama keluarga sahaja. Anak-anak mummy pun dah faham tentang ni...nak jemput kawan-kawan memerlukan budget yang besarkan. Si adik nak hadiah basikal walaupun sebelum ni memang dah ada sebuah basikal.
Alhamdulillah...akhirnya adik dah pandai naik basikal. Masa mula-mula beli basikal dulu
si adik takut-takut nak belajar...sudahnya basikal tu terbiar macam tu je...


Doa dan harapan mummy semoga adik membesar dengan baik serta jadi
anak yang taat perintahNya dan kedua ibubapa.
Semoga kehidupan adik sentiasa didalam redha Allah....
Amin..




Monday, January 7, 2013

Hantar kakak balik Asrama MRSM Kuala Klawang

Entah apa jadi...punya banyak gambar yang mummy upload tengok-tengok 3  ni je yang masuk.
Takpelah ek...ni pun curi-curi masa untuk update blog.

Ni gambar si kakak yang excited bila jumpa kawan yang dah lama
tak jumpa.


Apa motip mummy amik gambar ni????
Tangga dari rumah warden terus ke asrama puteri.
Mummy suka deko batu ni sebenarnya...lawa kan???/


Suasana masa pendaftaran. Takleh amik gambar banyak-banyak
nanti orang perasan mummy ni blogger....
Nasib baik yuran MARA mummy dah siap bayar online kalau tak
jenuh jugak kena beratur panjang...
Itulah penting alam siber ni kan....
memudahkan segala urusan.
Segalanya dihujung jari anda..