Tuesday, November 21, 2017

"Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi"



Nampak tak gambar yang cantik tu?  
Ni Cik Manggis nak hebahkan jom join GA by Raydah Alhabsyi.
Syaratnya teramatlah mudah....bagitau kawan-kawan kita sama-sama meriahkan GA ni.
Yang nak join boleh klik pada gambar yang cantik tu yer.
Bye bye.

Saturday, November 18, 2017

Jelajah Jualan Ikan Murah


Hari ini telah berlangsungnya Jualan Ikan Harga Patut dari Jeti. Bertempat Dewan 24 Indah, Seksyen 24 Shah Alam.

Dah lama dapat pemberitahuan ni..

Jualan Ikan Termurah Di Malaysia. 
Dato Jamal Yunus. 
Tarikh     18/11/2017
Hari         Sabtu
Masa.     8.30am  9.30am
Tempat  Kawasan Lapang Dewan 24 Indah (Belakang Sek Ren Agama Section 24) Section 24 Shah Alam. 


Pesan Dengan Kawan2 Atau Jiran Tertangga. 

Harga Ikan RM5 Sekilogram. 
Setiap Orang Dibenarkan Membeli Hanya 2 Kilogram Sahaja. 
Ada Udang
Ada Ketam
Ada Sotong
Ada Kerang
Ada Berbagai Hasil Laut 
Bukan Hasil Ternak Atau Bela.




Pagi pagi lagi orang dah beratur. Kena beratur untuk elakkan kesesakan.


Ikan memang segar segar. Hanya 2 kilo seorang dibenarkan beli yer. Jangan nak lebih lebih pula....bagi peluang kat orang belakang juga.

Terima kasih.

Wednesday, November 15, 2017

Surah Al Ikhlas



💜 *SURAH AL-IKHLAS* 💜

"Jangan Terlalu Memandang Bintang Di Langit Hingga Kita Terlupa Rumput Di Bumi"

*Keberkatan Surah Al-Ikhlas*

Ketika *Memulakan Kerja*
bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan *keluarlah iblis dan syaitan* yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum *Masuk Ke Rumah*
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah *bersolat* kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

*Ketika Sakit*
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

*Khatam al-Quran*
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

*Pahala Membacanya*
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya,
• _Qul Huwallahu Ahad_ itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
• _Allahhus Somad_ itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
• _Lamyalid walam yuulad_ tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
• _Walam yakullahu kufuwan ahad_ tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Nota :
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
🌾🌸🌾🌸🌾

Monday, November 13, 2017

Simple Dinner hari ini


Saja nak upload Dinner malam ni. Kari Kambing dan Mini Shitake Mushroom masak blackpepper. 

Kari kambing tak yah cerita la sebab tu masak campak campak je guna Pressure Cooker Philips. Masuk tekan dan taraaaaa. Mudahkan...
Marilah dapatkan Pressure Cooker Phillips untuk kemudahan and


Kari Kambing


Mini Cendawan Shitake Blackpepper

Menu yang kedua ni dapat dari Blog anak buah. Cuma jenis cendawan sahaja yang ditukar....sebab kita penggemar cendawan shitake ni. So apa lagi....kita begger je resepi dia dengan cara kita kan. Siapa yang nak resepi boleh tekan disini ye. Sedap sangat resepi ni....ratah macam tu je pun sedap.

Sunday, November 12, 2017

Uwais Rayyan


Assalamualaikum
Selamat petang aunty aunty semua
Saya Uwais dan Rayyan
Tengah golek golek petang ni.
Aunty n uncle tengah buat apa?


Tuesday, November 7, 2017

Dak dak kecik pengubat stress

Dak dak kecik dalam keluarga aku. Sweet tak? Bestkan rumah yang ramai dak dak kecik ni mesti meriah.


Wednesday, May 31, 2017

rindu serindu rindunya


dah lama tak jenguk blog. rindu nak berblog lagi. namun apakan daya masa amat mencemburui daku. terlalu pantas masa berlalu...blog rakan rakan lama pun dah lama sepi. kenapa yer???? apakah kerana adanya media sosial yang lain menyebabkan semuanya beralih arah.....entahlah.


banyak yang nak diceritakan...banyak juga yang tak terceritakan...semuanya tersemat dalam kalbu...biar jadi abu....


aduhhhh apa yang aku merepek ni....


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA BUAT SEMUA KAWAN KAWAN YANG MASIH SETIA DI SINI. SEMOGA BERTAMBAHLAH AMAL IBADAH KITA DAN SEMOGA PUASA INI JUGA DAPAT MEMBENTUK DIRI KITA AGAR MENJADI HAMBA YANG LEBIH BERTAQWA DI SISINYA.

AMIN...

31/5/2017