Saturday, December 29, 2012

Tip-tip berguna untuk perkongsian bersama


TIPS IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT:


Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging.
2. memakai haruman.
3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh).
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata.
1. duduk mengadap kiblat.
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis.
2. melihat orang dibunuh.
3. melihat kemaluan,
4. membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.


Sumber dari FB...Bercinta Selepas Nikah

Sunday, December 23, 2012

@ megalane lagi

Aktiviti penutup untuk musim cuti sekolah. Lepas ni kena concentrate untuk musim pembukaan sekolah pulak. Masih ada lagi barang-barang yang belum dibeli. Walau tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan mummy tetap bersyukur kerana hajat mummy untuk mengkhatankan kedua-dua anak bujang akhirnya terlaksana juga. Ok tak perlu cerita panjang ek tgk gambar je...

Wednesday, December 19, 2012

Bowling keluarga...

Assalamualaikum buat semua kawan-kawan maya...
dah lama tidak bercerita, terasa seperti ada sesuatu yang belum mummy tunaikan. Musim cuti sekolah adalah  merupakan musim paling sibuklah katakan. Masakan tidak...masa nilah kenduri kawin yang tak putus-putus, masa nilah juga anak-anak nak pergi bercuti dan masa nilah juga masa nak khatankan anak...bagi yang ada anak teruna lah hehehe...Begitu juga dengan mummy...disebabkan kesibukan yang melanda masa untuk mengupdate blog pun terhad....
Alhamdulillah....akhirnya setelah dua minggu si abang dan si adik berkurung dalam rumah selepas berkhatan
barulah dapat bawa mereka jalan-jalan. Disebabkan belum pulih sepenuhnya mummy cuma bawa mereka ke tempat yang dekat-dekat sahaja. Orang baru lepas pantang takleh jalan jauh-jauh hehehe (jimat duit mummy)

Gambar-gambar masa di gelanggang bowling

nak tumpang sekaki juga....
mummy cuma jadi pemerhati je ye... 

Masa ni bola asik sangkut je...haishhhh 

 Ini juara longkang kita pada hari ni..

 Antara yang bermain

Hero yang dah selamat dikhatankan...

 Layankan je...
tak lama lagi dah nak buka sekolah.
Dah nak kena tumpukan pada alatan persekolahan la pulak ye....

Wednesday, November 14, 2012

Selamat Tahun Baru Hijrah

Cuti sekolah sudah pun bermula.
Esok dah masuk Awal Muharram.
Bulan yang pertama dalam kalendar Islam.
Dah pasang azam baru???? Azam yang lama pula macamana????
Semoga Muharram kali ini membawa lebih kebaikan untuk diri
mummy dan anak-anak. Semoga Muharam kali ini merupakan
penghijrahan yang terbaik bagi mummy untuk menjadi
hamba Allah yang taat...Amin


Sempena cuti sekolah ni juga selain musim kenduri, musim jalan-jalan...satu lagi musim
adalah merupakan musim berkhatan.
Dua putera mummy akan dikhatankan juga...tengah cari-cari tempat
mana yang elok. Tak dapat nak bayangkan macamana suasananya nanti.
Anak yang nak berkhatan mummy pula yang berdebar-debar. 



Apa-apa pun hadiah dah dapat ye...khatan tetap khatan.
Potong sikit je...tak potong banyak pun..


Thursday, October 11, 2012

Wajah Baru Wetworld Shah Alam


Sorry ye gambar sikit je dan snap pun kat tempat yang sama.
Rasanya dalam N3 lama mummy blh tengok wajah lama dia.
Untuk N3 lama sila klik disini ye...




Bye-bye

Tuesday, September 25, 2012

KACAMATA BARU

Thanks kakak untuk hadiah yang cute ni....
Hadiah birthday mummy yang tertunda....
Walau apapun ia tetap cantik...


Teringat dulu masa mummy masih kecil...berangan nak pakai cermin mata.
Terasa orang yang memakai cermin mata tu lawa sangat. Of causelah
dalam fikiran mummy orang yang pakai cermin mata adalah seorang yang pandai
sebab mereka semestinya seorang ulat buku. Pernah satu ketika mummy curi-curi pakai
cermin mata kepunyaan abang mummy sendiri....hinggalah mummy pening kepala.
Sekarang bila usia telah meningkat...cermin mata dah wajib kena pakai barulah
mummy tahu bahawa memakai cermin mata sesuatu yang amat membosankan (pandangan mummy je tau). Masing-masing punya pendapatlahkan....tapi sejujurnya itulah yang mummy
rasa. Akhirnya sekarang cermin mata mummy pakai hanya jika perlu dan ditempat yang
memerlukan mummy memakainya.

 Hari ini anak mummy pula mengadu pandangannya kabur sewaktu beradadi dalam kelas.
Bawa pergi check mata dan akhirnya terpaksa buat cermin mata.
Bukan main suka lagi dapat cermin mata baru...

Menghabiskan masa sebelum kakak kembali ke asrama.

Thursday, September 20, 2012

PENGESAHAN HARAM OLEH JAKIM

Petikan dari FB abang mummy.
Sebagai peringatan bagi seluruh umat islam bahawa dua produk ini telah
disahkan mengandungi DNA Babi oleh pihak Jakim. Subhanallah...
Diharap semoga kita bersama-sama menjaga apa yang kita makan
kerana apa yang masuk di dalam tubuh badan kita akan menjadi darah daging kita.


Jaga-jaga

Thursday, July 19, 2012

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA BUAT RAKAN-RAKAN

ALAM MAYA MUMMY.

SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI

LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA...AMIN...

Monday, July 2, 2012

Dari Shah Alam Ke Kuala Klawang ke Seremban

Dah dua minggu tak jenguk kakak di MRSM Kuala Klawang.
Minggu lepas mummy cuma berkesempatan kirimkan barang-barang keperluan kakak
pada Cikgu depan rumah yang kebetulan anaknya belajar sama-sama dengan kakak.
Minggu ni giliran mummy pula jenguk kakak dan cikgu pula kirimkan barang uintuk anak dia.
Bagus jugakan....sekurang-kurangnya boleh tolong-menolong antara kami bila saat-saat memerlukan.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 7.30 pagi memang dah rancang nak
datang awal sebab kena bawa kakak ke Seremban untuk cari kasut.
Baru berapa bulan kasut dah terkopak...
Ganas sungguh anak mummy ni...

Kalau tak silap mummy kami shopping di Seremban Mall atau Plaza...
adesss tak ingat dah...
Cari kedai bata je...budak sekolah takleh pakai kasut mahal-mahal
nanti hilang susah...hehehe walhal mummynya yang takde budget...

Lunch pun kat situ je...
Pizza Hut
Menunya macam dlm gambar kat bawah nilah..
Sebenarnya mummy tengah mengidam nak makan
pizza yang baru tu....baru dua kali mummy dapat makan pizza ni...
pada mummy antara banyak-banyak pizza yang mummy pernah makan
yang nilah yang paling sedap...






Gambar2 masa perjumpaan dan juga makan-makan tak sempat ambil 
sebab battery bb mummy dah kong masa tu...upload gambar dr makcik google je...

Akhirnya...bila nak balik terasa sayu je nak tinggalkan kakak...
Namun apakan daya...nak menuntut ilmu kena lah berkorban.

Harap-harap kakak tabah menempuh cabaran bila berjauhan dengan mummy.
Harapan juga tak ada lagi semut2 yang bersarang sekitar asrama...hehehe
Selamat menyambut nisfu syaaban semua ye
yang akan jatuh pada 5 Julai malam Jumaat (Tutupnya buku amalan)


Monday, June 4, 2012

Makan-makan

Happy belated birthday to kakak.
Baru berkesempatan bawa dia makan-makan kat luar.
Busy memanjang sejak akhir-akhir ni...nasib baik dia memahami.
Yang penting hadiah dah dapat kan kakak....
Harapan mummy semoga kakak jadi anak yang soleh dan
berjaya dunia dan akhirat.
Amin.







Si abang tumpang sekaki masuk dlm blog ni...


Tuesday, May 22, 2012

Ipod Touch 4 Generation

Ok ke benda ni???
Anak mummy nak benda ni untuk hadiah birthdaynya.
Apa bezanya benda ni dengan hphone yang canggih tu.
Pada mummy dah ada hpone canggih dah memadai dah kan.
Anak mummy memang suka sangat gadget-gadget yang macam ni.
Boleh tahan juga mahalnya benda ni...
yang 8G harganya dalam rm600+.
Haishhhh mau bengkrap mummy macam ni...
So nak bagi ke tak nak....ekkkk





Lebih kurang macam iphone je nampaknya....

Thursday, May 3, 2012

MRSM KUALA KLAWANG

Saat-saat hantar si kakak ke MRSM.
Dah kepenatan sampaikan terlupa nak ambil gambar masa pendaftaran.
Ni semua kerana urusan di sekolah lama yang belum selesai.
Gambar-gambar yang diambil ni adalah
sekitar asrama.


Si kakak kata orang tak panggil bilik ni dorm tapi cube.
D01-05 satu cube menempatkan 4 orang pelajar.
Kawan-kawan kakak dari Seremban, Lubuk Cina dan Batang kali.
Almari kecik je so tak boleh bawa barang banyak

Tandas asrama dari luar...oklah mummy tak masuk pun

Papan tanda aspuri
Rumah Warden memang cantik

Cube yang dikatakan

Ni pat yang best adik terpaksa belajar gosok baju sendiri.
Mummy tukang perati je..hehehe bertuah punya mak...

Friday, April 13, 2012

Anugerah pelajar cemerlang



Anugerah Pelajar Cemerlang
UPSR, PMR dan SPM
@ Dewan Jubli
11/4/2012


Si kakak yang bertudung hitam...