Tuesday, July 27, 2010

when the lights go out we'll be safe and soundFashion Trends & Styles - Polyvore

IKLAN YANG PALING AKU SUKA

Ini adalah antara iklan yang aku suka tengok.
Cantikkan model iklan ni... dengan lakunan yang bersahaja.
Namanya adalah Asmirandah.
Salah seorang model atau ratu cantik Indonesia.
Memang cantik pun.
Di Indonesia...dengarnya iklan ni jadi kontroversi...
tak tau kenapa..nak tau lebih lanjut baca kat sini ye...

Thursday, July 22, 2010

NO IDEA

Sorry hari ni fikiran mummy berserabut.
Macam-macam rasa ada...pening...loya...nak muntah...
huh memang buat mummy betul-betul rasa tak selesa.
Dah minta tolong orang belikan asam buat penghilang
rasa loya...ok sikit tapi rasa pusing-pusing tetap ada.
Hadoi...time-time keje tengah banyak macam ni pula
dia buat hal...
Pada kawan-kawan yang datang jenguk blog mummy
sorry ye kalau kedatangan korang tidak berbalas.
Nanti mummy dah ok mummy berkunjung ke blog korang.

Wednesday, July 21, 2010

KENAPA TAK ROGOL SAYA?

Untuk Renungan Bersama....dah baca tajuk tu sila baca sehingga habis ye...jangan tersalah buat tafsiran pula...





Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.


Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.


Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan pada masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu..


“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)


Perogol tu jawab:


“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)


Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.



p/s : MORAL CERITA INI???


Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya
menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...

semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...

sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….


semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….


Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..

moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian.


Friday, July 16, 2010

POCO-POCO


Satu waktu dahulu aku pernah membuat posting tentang POCO-POCO ni dan hari ini sewaktu berblogwalking ke blog Ustaz Noramin aku telah membaca pendapat beliau tentang poco-poco ni. Harap dengan N3 kali ini akan dapat menjawap kemusykilan yang ada. Di bawah aku copykan jawapan ustaz dan barang sesiapa yang masih merasa ragu silalah ke blog Ustaz Noramin ye.


Assalamualaikum,ustaz...

Kilang tempat saya bekerja menganjurkan aktiviti tarian poco-poco setiap pagi sebelum masuk bekerja sebagai satu bentuk riadah ataupun senaman.Di sini timbul kemusykilan.

Poco poco tersebut dilakukan bersama sama lelaki dan perempuan(campur)dan disertai oleh orang islam dan bukan islam.Guru tersebut juga adalah perempuan dan semua termasuk lelaki juga terpaksa belajar dengannya atas suruhan pihak atasan.Pergerakkan poco poco tersebut mengkehendaki seseorang untuk 'berlenggok-lenggok' dan bergoyang-goyang' dalam aksi yang hanya sesuai di lakukan oleh perempuan sahaja.

  1. Adakah Poco poco itu HARAM?

  2. Apakah hukumnya menari bersama-sama lelaki dan perempuan?

  3. Adakah Islam membolehkan wanita menari poco poco secara berasingan dengan lelaki?

  4. Apakakah hukumnya lelaki melakukan poco-poco kerana pergerakkan tersebut menyerupai perempuan(gerakan lembut).

Jawapannya :

Maksud senam robik atau poco-poco ini adalah bersenaman dengan mengikut rentak lagu. Poco-poco berasal dari lagu yang diberikan tajuk poco-poco diterbitkan di Indonesia. Tetapi ada orang berpendapat bahawa poco-poco ini berasal dari penganut Kristian Filipina yang melaksanakan tarian ini setiap kali mereka menghadiri upacara keagamaan pada setiap minggu di gereja. Tiadak kisah ia berasal dari negara mana, kerana rentak dan teknik tariannya adalah sama kalau dilihat di mana-mana negara.

Senaman poco-poco ini juga boleh dikategorikan sebagai hiburan yang mempunyai unsur kesihatan. Menurut Imam Al-Ghazali juga telah menyatakan bahawa hiburan ini termasuk dalam apa yang diistilahkan sebagai al-lahwu dan menjelaskan hukumnya adalah harus bagi Muslim untuk berhibur dengan syarat tidak berlebih-lebihan.

Sebelum saya menghuraikan hukum poco-poco mengikut pandangan saya yang tidak seberapa, ini bertujuan untuk mengeluarkan sahabat-sahabat semua dari dibelenggu dengan masalah status halal atau haramnya. Saya berpendapat bahawa senaman poco-poco ini seolahnya seperti sebuah tarian yang diiringi dengan rentak lagu yang dipasang.

Saya datangkan dahulu hukum tarian dalam Islam menurut pendapat Dr. Yusuf Qoradhawi dalam kitabnya yang bernama Fatwa Muasarah :

  1. Tidak bertentangan dengan adab Islam dan ajarannya. Tarian yang menamppakkan aurat, yang membawa kepada kelalaian, adanya ikhtilat jelas keharamannya. Karena bertentangan dengan perintah Allah Swt.

  2. Memperhatikan bentuk tariannya. Tarian yang membangkitkan syahwat juga dilarang dalam Islam.

  3. Tidak boleh mengiringinya dengan sesuatu yang haram. Seperti meminum khamar, memperlihatkan aurat, memanggil jin dll. Apabila sudah dicampur dengan sesuatu yang haram maka tarian itupun jadi haram.

  4. Tidak melampaui batas dan berlebih-lebihan. Segala yang melampaui batas dan berlebih-lebihan dilarang didalam Islam.

  5. Berkenaan dengan yang melihat dan mendengarkan. Setiap orang yang melihat tarian ataupun mendengarkan lagu-lagu sehingga membangkitkan syahwatnya, menimbulkan fitnah dan menghilangkan akal sehat wajib dijauhinya.


Saya datangkan juga garis panduan tarian yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang bertarikh 14 Januari 2009 (Klik Di sini) sebagai rujukan masyarakat Islam Malaysia seperti berikut :

  1. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

  2. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

  3. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.

  4. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.

  5. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.


Analisis Saya

Berdasarkan kedua-dua pendapat di atas, saya berpendapat bahawa senaman atau tarian poco-poco itu adalah harus berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan oleh Islam seperti tidak bercampur antara lelaki dan perempuan, tidak membuka aurat, tarian yang tidak boleh membangkitkan nafsu, tidak menimbulkan fitnah, tidak melalaikan, tidak memasang lagu yang melalaikan dan tidak ada unsur pemujaan sepertimana dinyatakan dalam 2 pendapat di atas.

Realiti yang berlaku dikebanyakkan tempat dalam negara Malaysia melaksanakan tarian poco-poco ini bercampur antara lelaki dan perempuan, dilaksanakan di tempat yang terbuka, perempuan yang tidak menutup aurat dengan sempurna, memasang lagu yang ada unsur-unsur keterlaluan dan melalaikan. Jika Keadaan seperti ini berlaku, maka saya lebih cenderung berpendapat haram kerana ia melanggar syarat-syarat yang ditetapkan dalam Islam sepertimana dinyatakan di atas.

Tidak menjadi masalah kalau tarian poco-poco ini diasingkan antara lelaki dan perempuan ditempat yang berbeza. Tarian poco-poco perempuan dibuat ditempat yang tertutup dan jauh dari pandangan lelaki, tidak memakai pakaian yang menjolok mata atau seksi dan dipasang dengan lagu yang mempunyai unsur yang baik. Di sini tiada apa yang dapat dipertikaikan lagi dan Islam juga tidak menghalang umatnya berhibur, tetapi biarlah hiburan itu mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syarak.

Lelaki menyertai tarian poco-poco menyerupai perempuan? Menurut pendapat saya tiada asas pandangan ini, kerana ia tidak disertakan dengan fakta yang jelas. Tarian poco-poco adalah bertujuan untuk bersukan dan menyihatkan badan dan tiada fakta yang mengatakan bahawa tarian poco-poco ini meniru atau hanya untuk perempuan sahaja. Sepertimana saya jelaskan di atas, kalau tidak bercampur lelaki dan perempuan dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh Islam, maka harus bagi lelaki menyertai tarian tersebut.

Tarian poco-poco berasal dari agama kristian? Saya berpendapat bahawa tarian poco-poco ini yang dilaksanakan di Malaysia tidak pula menampakkan unsur-unsur keagamaan dan tiada pula setiap pergerakkannya berlambang kristian seperti yang didakwa oleh sesetengah blog dan artikel. Saya juga berpendapat bahawa tarian poco-poco ini tidak mengamalkan budaya agama mereka. Hujah saya yang mengatakan seperti ini ialah tarian tersebut tidak menjejaskan akidah umat Islam, dan tidak mensyirikkan Allah. Jauh sangatlah kalau dikatakan tarian poco-poco ini mengikut agama kristian.

Saya tegaskan di sini bahawa saya tidak membangkang pendapat orang yang mengatakan haram disebabkan poco-poco ini mengikut budaya kristian atau sebagainya, kerana mereka juga mempunyai hujah. Segala hujah saya di sini bukan menyokong tarian poco-poco ataupun menidakkan tarian poco-poco! kalau anda semua mempunyai hujah berdasarkan pendapat-pendapat ulamak, maka teruskan dengan hujah anda semua. Artikel saya ini bukan fatwa, tetapi ini sekadar pendapat saya sahaja berdasarkan ilmu yang lemah dan saya tidak layak mengeluarkan fatwa.

CERITERA PAGI JUMAAT




KISAH syiling 50 sen dan sehelai duit kertas RM5


"Saudara ingin tahu sesuatu yang menarik? Itu merupakan kanak-kanak yang paling bodoh di dalam dunia,"
kata Si Gunting Rambut kepada pelanggannya sambil menunjukkan jari pada seorang kanak-kanak yang sedang bermain di luar.

" Mengapa?", tanya pelanggan tersebut kehairan.

"Mesti ada maksud yang tersirat di sebalik kata-kata itu,"
tambah pelanggan itu.

"Mari saya tunjukkannya",
kata Si Gunting Rambut dengan bangga.
" Hoi budak, mari sini sekejap. Di sini ada sedikit wang iaitu sekeping duit syiling 50 sen dan sehelai duit kertas RM5. Sila pilih dan pergilah membeli aiskrim menggunakan duit tersebut, "
arah Si Gunting Rambut.

Kanak-kanak tersebut agak sukar hendak membuat pilihan. Akhirnya dia hanya mengambil duit syiling 50 sen. Lalu beredarlah kanak-kanak tersebut daripada kedai itu. Dia kelihatan gembira kerana mendapat wang untuk membeli aiskrim.

" Tengok. Kan saya sudah kata. Walaupun terdapatnya pilihan antara duit kertas RM5 dan duit syiling 50 sen, kanak-kanak itu tetap memilih duit syiling 50 sen. Alangkah bodohnya kanak -kanak itu. Sudah banyak kali saya lakukan demikian, namun dia tetap memilih duit syiling 50 sen, " cerita Si Gunting Rambut sambil ketawa.

Si pelanggan kurang senang dengan jawapan yang diterima. Lalu ia mengambil keputusan bertanya kepada si budak tersebut sendiri di luar nanti.

" Mengapa kamu mengambil duit syiling 50 sen dan tidak mengambil duit kertas RM5. Bukanklah nilainya lagi besar."

" Ya, saya tahu itu. Tetapi jika saya mengambil wang tersebut dan bukannya duit syiling 50sen, maka permainan ini akan tamat. Saya tidak akan mendapat aiskrim lagi pada masa akan datang."

Apa kesimpulan daripada cerita di atas? Kesimpulannya, jangan memandang rendah pada orang lain. Mungkin kita sendiri yang sebenarnya yang sedang diperbodohkan. Jangan sangka kita sudah bijak dan anggap orang lain bodoh……ambil iktibar dan pengajaran dari cerita ini….

Tuesday, July 13, 2010

Hukuman terhadap ibu bapa ikut kesesuaian

MENGENAKAN tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang mana anak mereka melakukan jenayah atau salah laku menimbulkan pro dan kontra. Bagi yang bersetuju, alasan diberikan supaya hukuman berkenaan mampu menyedarkan ibu bapa bahawa mendidik anak-anak adalah tanggungjawab yang besar. Justeru hukuman patut dikenakan untuk memberikan pengajaran. Bagi yang kurang bersetuju pula, alasannya diberikan kerana hukuman itu bagaikan menangguk di air keruh. Sudahlah ibu bapa kecewa dengan sikap anak yang bersalah, selepas itu ibu bapa pula yang perlu berhadapan hukuman.

Bentuk hukuman dan bagaimana ia berjalan masih menjadi tanda tanya, yang pasti kebejatan sosial anak-anak muda hari ini perlu ditangani dengan cara paling berhemah, bukan dijalankan sekadar untuk menunjukkan pihak tertentu mengambil berat.

Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata tidak salah sekiranya kerajaan ingin mengenakan hukuman terhadap ibu bapa si penjenayah, tetapi bentuk hukuman bukan saja perlu jelas, sebaliknya pengertian ‘kecuaian’ yang dibebankan di bahu ibu bapa perlu diperjelaskan. “Keciciran anak di rumah kerana kealpaan bapa dan ibu, sekali gus menyebabkan keciciran anak di sekolah. Keciciran di sekolah boleh membawa keciciran dalam masyarakat. Kita perlu melihat situasi sesebuah keluarga secara mendalam sebelum mengambil tindakan kerana setiap keluarga, mempunyai latar belakang yang berbeza. “Segelintir ibu bapa sudah pun memainkan peranan, tetapi keadaan persekitaran hari ini terlalu kuat hingga menyebabkan ibu bapa sendiri menjadi buntu memikirkan masalah dihadapi anak-anak. Bukan pelik apabila kita mendengar ayah dan ibu bermati-matian mengatakan anak-anak mereka baik, pandai dan rajin. Bukan saja di rumah sebaliknya apabila di bawa berjalan atau menziarah ahli keluarga. “Tetapi selalunya ia hanyalah ‘lakonan’ anak-anak di depan orang tua untuk mengambil hati. Sebaliknya di belakang ibu bapa mereka menjadi remaja yang sukar dikawal. Dalam hal ini patutkah kita menyalahkan ibu bapa apabila suatu hari anak itu ditangkap melakukan kesalahan?,” katanya melontar persoalan apabila ditanya berhubung kewajaran ibu bapa dikenakan hukuman sekiranya anak-anak melakukan jenayah. Sebaliknya, Dr Mohammad Shatar berkata, hukuman dianggap sesuai dengan ibu bapa yang sudah tahu mengenai perilaku buruk anaknya, tetapi berdiam diri kerana tidak mahu mengambil tindakan kerana sikap buruk anak itu boleh mempengaruhi remaja lain sekiranya tidak dibendung pada peringkat awal lagi. “Kalau pihak sekolah sudah beritahu, dan jiran tetangga pun sudah mengadu, tetapi ibu bapa tetap berkeras mengatakan anaknya baik, dan suatu hari tertangkap, memang mereka patut dikenakan tindakan. Tetapi bentuk hukuman yang saya fikir wajar untuk menyedarkan ibu bapa ini ialah seperti khidmat kemasyarakatan atau kaunseling. “Itupun kita perlu melihat kesalahan dilakukan anak mereka, kalau membunuh kerana mempertahankan diri, tentulah berbeza dengan membunuh dengan niat,” katanya. Beliau berkata, seharusnya ibu bapa kembali kepada ajaran Islam berhubung cara didikan anak kerana ketika anak masih kecil, ibu bapa boleh berkawan dan bergurau senda, tetapi apabila semakin meningkat dewasa ibu bapa perlu terus memantau kegiatan anak. “Anak perlu dididik sesuai dengan zamannya. Kalau zaman dulu kita kita tahan dengan rotan, tetapi hari ini mungkin tidak sesuai lagi. Pernah dalam satu kes kendalian saya, seorang anak gadis orang alim melarikan diri bersama teman sejenis, sedangkan ayah dan ibunya memberikan didikan agama yang secukupnya. Tetapi apabila ditanya kepada anak gadisnya pula, katanya beliau bosan dikongkong. “Saya juga pernah bertanya kepada sekumpulan remaja, yang menyatakan kongkong bererti dilarang melakukan perkara yang ingin dilakukan, walaupun perkara yang diingini itu adalah berdosa. Hakikatnya zaman remaja berlaku segala macam pergolakan dalam diri individu. Sebagai ibu bapa kita jangan berputus asa mencuba, dan menangani masalah dihadapi,” katanya. Dr Mohammad Shatar berkata, dalam pada sayang, ibu bapa perlu meletakkan 50 peratus rasa curiga terhadap anak kerana sikap terlalu percaya akan menyebabkan anak tahu ‘membaca’ fikiran ibu bapa yang mana akhirnya ibu bapa yang mungkin akan terjerat dengan permainan mereka. “Kira-kira 10 tahun lalu, keluarga bermasalah, keluarga bercerai-berai dikaitkan penyumbang kepada masalah sosial anak-anak, tetapi kajian sosial menunjukkan faktor luaran seperti pengaruh kawan dan kehebatan teknologi maklumat komunikasi menjadi faktor utama remaja terjebak dengan gejala sosial. Kalau anak-anak kata ingin pergi kelas tambahan, perlu sesekali kita intip ke mana pergerakan anak ini. “Ini kerana anak remaja kini memang pintar. Dia akan memberikan alasan-alasan yang sedap didengari oleh ibu bapa untuk mengaburi perlakuan mereka di luar rumah. Kita boleh intip, betul atau tidak anak kita pergi ke kelas tambahan,” katanya. Dr Mohamad Shatar berkata, tidak pernah ada alasan terlewat untuk ibu bapa dan anak kembali ke pangkal jalan dalam usaha memastikan kesejahteraan hidup sekeluarga. Mengibaratkan anak sebagai harta bernilai, katanya kesilapan paling besar setiap ibu bapa ialah menyamakan anak, sedangkan setiap individu berbeza, malah ada kajian menunjukkan anak tengah lebih sukar dikawal berbanding anak sulung serta bongsu kerana yang tengah selalunya dipinggirkan daripada keluarga. “Saya ingin berkongsi kisah seorang remaja berusia 20 tahun ditangkap bersekedudukan dengan janda berusia 40 tahun hingga melahirkan seorang anak luar nikah. Ketika ditanya dalam sesi kaunseling, pemuda itu menyatakan beliau berbuat demikian semata-mata untuk menyedarkan ibunya bahawa dirinya itu wujud. “Lelaki berkenaan berkata, beliau berasa terasing apabila pada usia 12 tahun, ibunya sedang makan bersama seorang menantu lelaki, tetapi tidak mempelawanya makan. Ibunya mungkin terlupa atau tidak perasan kerana remaja itu baru saja pulang dari sekolah. Tetapi kita lihat bagaimana dendam itu berpanjangan dan kadangkala tidak masuk akal, tetapi berlaku dalam diri kanak-kanak. Sebab itu saya katakan, remaja adalah zaman rumit, mereka perlu didekati dan didengari isi hatinya supaya hidupnya kelak tidak terpesong dan rasa terpinggir,” katanya.



INFO: Panduan membesarkan anak:
  • Jangan didik anak sama rata. Ada kajian menunjukkan anak tengah selalunya lebih bermasalah berbanding anak sulung dan bongsu kerana mereka selalu dipinggirkan oleh ibu bapa atau anak itu sendiri rasa terpinggir kerana ibu bapa selalu lebihkan anak sulung serta bongsu.
  • Didik anak mengikut pada zamannya. Jangan didik anak seperti cara kita dididik oleh ibu bapa kita dulu kerana persekitaran serta pengaruh dulu berbeza dengan kini.
  • Sekarang dikatakan zaman ICT maka ibu bapa perlu turut serta mengikuti apa itu facebook, twitter dan sebagainya. Boleh biarkan mereka meneroka alam siber, tetapi berilah panduan supaya mereka tidak terlalu larut. Menetapkan had masa umpamanya hanya satu jam dalam sehari, amat membantu.
  • Bawalah anak-anak berbincang dan dengar luahan mereka secara harmoni. Elakkan pergaduhan ketika berbincang dan jangan gunakan kata-kata kesat sebab perkataan yang keluar daripada mulut adalah suatu doa. Sekiranya ibu bapa tidak bersetuju dengan saranan anak, berikan penjelasan yang jelas.
  • Tidak salah mempunyai pembantu rumah atau tidak memasak sendiri di rumah, sebaliknya menyajikan anak dengan makanan dibeli atau di masak orang gaji, tetapi pastikan masa makan diperuntukkan bersama-sama dengan anak-anak.
  • Kajian menunjukkan ahli keluarga yang dihantar ke muka pintu sebelum keluar rumah dengan memberikan kata-kata perangsang seperti ‘belajar rajin-rajin di sekolah’ dan ‘berhati-hati dalam perjalanan dan di tempat kerja’, dapat meningkatkan 70 peratus daripada produktiviti selain melekat kemas di dalam hati, berbanding sekiranya dibiarkan keluar rumah tanpa kata-kata sokongan.
  • Jangan berhenti berdoa untuk kesejahteraan anak-anak serta ahli keluarga. Doa perlu konsisten dan bersungguh-sungguh kerana Allah sentiasa mendengar doa hambaNya.
  • SALAM PAGI SELASA

    Thursday, July 8, 2010

    Pemuda perjuang poligami

    Memang tak dapat nak dibayangkan kalau kat Malaysia
    diwujudkan perjuangan macam ni. Mesti ramai lelaki Malaysia yamg setuju kan..
    Ramai jugak kaum wanita yang merana.
    Anda nak tahu kenapa???
    Sebab orang Malaysia kalau nak kahwin lebih dari satu ni
    diorang tak akan pilih anak dara tua atau mak-mak janda yang ada
    10 anak tu..sebaliknya yang jadi pilihan mereka adalah anak dara yang
    lawa-lawa dan masih ranum. Rata-rata mummy dengar macam tu.
    Sesiapa yang berpoligami tu harap jangan terasa ye...dan bagi sesiapa yang berhajat
    nak berpoligami tu pandai-pandailah mengikut sunnah tu ..
    jangan hanya bab kawin je nak ikut tapi bab tanggungjawab hancusss...

    sumber kartun dari ALIF FIRDAUS AZIZ

    JEDDAH: Sekumpulan lelaki muda Arab Saudi melancarkan usaha menggalakkan poligami sebagai cara untuk mengakhiri masalah anak dara tua di kalangan wanita di negara itu.

    Mereka melancarkan kempen dalam Facebook berjudul ‘Kami Mahu Empat Isteri,’ dan meminta setiap lelaki Saudi yang berkemampuan, berkahwin empat bagi mengurangkan jumlah wanita tidak berkahwin di negara itu.


    Tidak ada statistik mengenai jumlah wanita negara itu yang tidak berkahwin.


    Namun, jumlah mereka dipercayai ramai kerana kos terlalu tinggi untuk mendirikan rumah tangga.


    “Setiap lelaki Saudi yang berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal untuk berkahwin lebih daripada seorang tidak perlu teragak-agak untuk berkahwin lebih bagi membantu menangani masalah wanita yang tidak berkahwin.


    “Dengan berbuat demikian mereka juga membantu mengekang kos perkahwinan yang tinggi yang menjadi punca ramai pemuda mengelak untuk berkahwin,” kata kumpulan itu.


    Keluarga juga didesak supaya tidak menyulitkan persediaan perkahwinan dengan meminta wang hantaran yang tinggi dan tanggung jawab kewangan yang tidak boleh disediakan oleh bakal pengantin lelaki.


    Selain itu, kumpulan berkenaan meminta kaum lelaki yang berkahwin lebih daripada satu supaya berlaku adil dan melayan isteri secara sama rata seperti yang dituntut oleh Islam.


    Sementara itu, sekumpulan pemuda Saudi lain yang melancarkan kempen yang sama, juga dalam Facebook berkata, Islam tidak mencipta poligami sebaliknya hanya menghalalkannya.


    Mereka juga berkata, Barat melihat lelaki Islam yang berkahwin lebih daripada satu dengan penuh prasangka, lebih-lebih lagi ada di kalangan mereka yang tidak mengikuti syarat yang telah ditetapkan agama itu.


    “Jangan anda berkahwin isteri kedua semata-mata kerana mahu berkahwin. “Anda hanya perlu kahwin apabila ada keperluan untuk beristeri kedua, ketiga dan keempat dan jika anda berkemampuan dari segi kewangan untuk menyara mereka secara adil,” kata kumpulan itu. - Agensi

    Wednesday, July 7, 2010

    BUAH TEMBIKAI DIJUAL RM184,906



    GAMBAR menunjukkan buah tembikai yang dijual RM184,906.


    TURPAN - Sebiji tembikai yang paling manis di dunia dijual AS$57,729 (RM184,906) pada satu lelongan di sini, Xinjiang, China, lapor sebuah akhbar semalam.

    Buah tembikai itu pada kebiasaannya mengandungi 20.2 gram gula bagi setiap berat 100 gram.

    Harga itu merupakan cerita kejayaan untuk petani Lu Tan yang memiliki buah tersebut dan cuma memperoleh pendapatan AS$455.76 (RM1,459) sebulan.

    "Saya merancang untuk membeli lebih banyak tanah dan menjual buah tembikai yang lebih besar pada tahun depan," katanya. - Agensi



    ADA KE ORANG YANG BELI TEMBIKAI NI????
    SEDAP SANGAT KE????
    NASIB BAIKLA MUSIM MENGIDAM DAH HABIS...JANGAN PULA ADA IBU-IBU YANG
    MENGIDAM NAK MAKAN TEMBIKAI NI...JENUH NAK CARI...

    ANAK DARA NORMALA SHAMSUDDIN

    Cantikkan anak Normala Shamsuddin ni. Mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh ibunya juga.
    Walaupun usianya baru menjangkau tujuhbelas tahun namun dia nampak lebih dewasa.
    Itulah dia anak dara Datin Seri Normala Shamsuddin - yang bernama
    Ruhilla Ruslan.


    Ada sesiapa yang nak jadi menantu Datin Seri Normala...
    Angkat tangan cepat....