Followers

Saturday, December 29, 2012

Tip-tip berguna untuk perkongsian bersama


TIPS IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT:


Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging.
2. memakai haruman.
3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh).
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata.
1. duduk mengadap kiblat.
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis.
2. melihat orang dibunuh.
3. melihat kemaluan,
4. membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.


Sumber dari FB...Bercinta Selepas Nikah

Sunday, December 23, 2012

@ megalane lagi

Aktiviti penutup untuk musim cuti sekolah. Lepas ni kena concentrate untuk musim pembukaan sekolah pulak. Masih ada lagi barang-barang yang belum dibeli. Walau tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan mummy tetap bersyukur kerana hajat mummy untuk mengkhatankan kedua-dua anak bujang akhirnya terlaksana juga. Ok tak perlu cerita panjang ek tgk gambar je...

Saturday, December 22, 2012

Praktis guna phone baru

Wednesday, December 19, 2012

Bowling keluarga...

Assalamualaikum buat semua kawan-kawan maya...
dah lama tidak bercerita, terasa seperti ada sesuatu yang belum mummy tunaikan. Musim cuti sekolah adalah  merupakan musim paling sibuklah katakan. Masakan tidak...masa nilah kenduri kawin yang tak putus-putus, masa nilah juga anak-anak nak pergi bercuti dan masa nilah juga masa nak khatankan anak...bagi yang ada anak teruna lah hehehe...Begitu juga dengan mummy...disebabkan kesibukan yang melanda masa untuk mengupdate blog pun terhad....
Alhamdulillah....akhirnya setelah dua minggu si abang dan si adik berkurung dalam rumah selepas berkhatan
barulah dapat bawa mereka jalan-jalan. Disebabkan belum pulih sepenuhnya mummy cuma bawa mereka ke tempat yang dekat-dekat sahaja. Orang baru lepas pantang takleh jalan jauh-jauh hehehe (jimat duit mummy)

Gambar-gambar masa di gelanggang bowling

nak tumpang sekaki juga....
mummy cuma jadi pemerhati je ye... 

Masa ni bola asik sangkut je...haishhhh 

 Ini juara longkang kita pada hari ni..

 Antara yang bermain

Hero yang dah selamat dikhatankan...

 Layankan je...
tak lama lagi dah nak buka sekolah.
Dah nak kena tumpukan pada alatan persekolahan la pulak ye....