Wednesday, December 19, 2012

Bowling keluarga...

Assalamualaikum buat semua kawan-kawan maya...
dah lama tidak bercerita, terasa seperti ada sesuatu yang belum mummy tunaikan. Musim cuti sekolah adalah  merupakan musim paling sibuklah katakan. Masakan tidak...masa nilah kenduri kawin yang tak putus-putus, masa nilah juga anak-anak nak pergi bercuti dan masa nilah juga masa nak khatankan anak...bagi yang ada anak teruna lah hehehe...Begitu juga dengan mummy...disebabkan kesibukan yang melanda masa untuk mengupdate blog pun terhad....
Alhamdulillah....akhirnya setelah dua minggu si abang dan si adik berkurung dalam rumah selepas berkhatan
barulah dapat bawa mereka jalan-jalan. Disebabkan belum pulih sepenuhnya mummy cuma bawa mereka ke tempat yang dekat-dekat sahaja. Orang baru lepas pantang takleh jalan jauh-jauh hehehe (jimat duit mummy)

Gambar-gambar masa di gelanggang bowling

nak tumpang sekaki juga....
mummy cuma jadi pemerhati je ye... 

Masa ni bola asik sangkut je...haishhhh 

 Ini juara longkang kita pada hari ni..

 Antara yang bermain

Hero yang dah selamat dikhatankan...

 Layankan je...
tak lama lagi dah nak buka sekolah.
Dah nak kena tumpukan pada alatan persekolahan la pulak ye....

3 comments:

Ke manakah lokasi percutian anda?