Followers

Friday, December 12, 2014

Berakhir sudah 2014

Kesian blog ku terbiar begitu sahaja. Dah bersawang sawang kat sini.
Andai dapat ku putarkan masa ingin rasanya ku putarkan segalanya menjadi diriku sebersih dan sejernih bening pagi. Namun ternyata aku hanyalah aku...seorang insan yang lemah...hanya seorang insan kerdil yang hanya menumpang di mukabumi ini untuk seketika. Sehebat-hebat perancangan adalah perancangan Allah swt.










Friday, September 19, 2014

DUNIA IT...DUK DEPAN PC PUN BOLEH SHOPPING!!!


Ni dilema untuk diri mummy lah. Bila mengadap fb ke, instagram ke or apa-apa
website sekali pun mesti ada yang berkaitan dengan shopping.
Camana nak simpan duit ni...hadoi...
Hati asyik tergoda bila melihat iklan dan barangan yang dipaparkan.
Mummy kalah bila melihat barangan rumah tak kiralah dalam bentuk 
apa sekalipun. Walaupun rumah mummy tak cantik tapi mummy suka
barangan yang cantik-cantik. Kadang-kadang terpaksa juga berdikit-dikit walaupun
hati kata nak beli. Sabarlah wahai hati...

Alkisahnya....hari minggu pun boleh oder sarapan pagi online....
hahaha...



Thursday, September 11, 2014

Sekejap je rasanya...


Alangkah pantasnya masa berlalu
sekejap je anak-anak mummy dah besar
bila tenung balik gambar-gambar masa mereka
kecil lagi....
terasa sebak pula...

Anak-anak adalah pengarang jantung hati mummy...
Sayang kamu semua...




Friday, September 5, 2014

Baju Lagi



RM30 Tidak termasuk postage

Code : B2081
Colour : Pink, Almond
Measurement :
Outside : length 69cm, bust 88cm sleeve 56cm
Inner : length 80cm bust 86cm

whatsapp : 01128225584






Tuesday, September 2, 2014

Lagi baju baju cantik

Sesiapa berkenan boleh whatsapp yer...01128225584

Nak test market la...


Ada sesiapa berminat dengan baju-baju macam ni
boleh whatsapp admin ye
01128225584

Sesuai untuk semua golongan sebab ianya
labuh dan berlengan panjang.



Tuesday, August 19, 2014

Rindu saat-saat ini...





Thursday, April 10, 2014

Buah apakah ini??

Ada sesiapa kenal tak buah ni??? Selalu mummy jumpa buah ni yang bersaiz kecil je tapi hari ni ternampak pula yg saiz mak oiii besar gedabak....tu yang terus beli. Dah kecur air liur kan.... memang owesome la buah ni. Rasanya masam masam manis memang sedap....bagi yang suka la...

Friday, April 4, 2014

2014...dunia blog ku semakin sepi...

Entah kenapa terasa sepi...
Entah kenapa terasa susah mengungkap kata...
2014...terlalu banyak peristiwa...sedih pilu...
Aku seakan ketandusan kata-kata...
untuk menggambarkan gundah lara ku...
Sesungguhnya aku cukup terasa dengan kepergian mu MH370...