JOM PERGI JALAN-JALAN
Hari ni saja nak bebel sikit pasal percutian.
Fobia betul bila setiap kali cuti sekolah anak-anak akan bertanya
"mummy..cuti sekolah ni kita nak bercuti kat mana?'
Hai....cuti sekolah mestikah pergi bercuti nak oiiiiii.
Lagi mengharukan bila anak akan kata
"kawan abang pergi bercuti kat korea"
"kawan adik pergi bercuti kat Hong Kong"
Hadoiiii kadang-kadang pening bila memikirkan benda-benda macam ni. Bagi orang yang ada2 mungkin tiada masalah tapi bagi mummy ni masa untuk berjalan jauh-jauh tu belum berkesempatan lagi. Dulu-dulu masa cuti adalah masa untuk berebut-rebut balik kampung. Percutian yang paling best bagi mummy adalah balik kampung. Tak puas duduk kampung bersama arwah mak dan ayah.
Mummy tak pernah pun tanya mak dan ayah....kita nak bercuti ke mana.....sebab tahu mak dan ayah tak mampu masa tu.
Berlainan dengan anak2 sekarang....bercuti dan semacam kewajipan bila tiba musim cuti sekolah. Ibubapa masing2 dah ada plan nak ke mana. Zaman dah makin berubah. Mahu atau tidak kita terpaksa akur dengan berubahan itu.
No comments:
Post a Comment