Thursday, April 28, 2011

SUDAH TUKAR KA????


Yeah...memang sudah tukar...
Kawan-kawan blog mummy dah bertukar kulit sepenuhnya hari ini.
Suka dengan colour ni buat mummy teruja sangat nak guna
template yang disediakan. Mummy bukan jenis yang pandai nak
design blog sendiri macam sesetengah blooger lain tu...


Harap anda semua suka ye...
tak suka pun...suka jugak...

Tuesday, April 26, 2011

SUKA SANGAT...BAU NI...

Salam pagi Selasa kawan-kawan.
Sekejap lagi mummy nak keluar...ada kerja luar weh...
tapi sebelum tu mummy nak kongsikan barangan penjagaan diri
yang amat mummy suka dan sayang.
Nak tau...ni ha...bau-bauan dari jenama Yardley.
Dah lama dah Yardley ni...sejak mummy kecik lagi mummy dah tau
apa itu Yardley. Ini lah juga bedak yang digunakan oleh arwah mak dulu.
Best sangat bau dia.



Sesiapa ingin mencuba dipersilakan ye...
Okeh...cerita yang serba ringkas dari mummy...
nak cerita tentang politik pun...
mummy bukan ahli politik...so harap-harap korang tak boring ye...

Thursday, April 21, 2011

SUKA SANGAT IKLAN NI...

Mummy nampak iklan ni dari blog http://ceritakita2orang.blogspot.com/ .
Tak tahu kenapa mummy suka...iklannya yang kreatif
buat mummy nak tengok lagi dan lagi...
Lagi pun mummy memang minat Exora ni..
entah bila nak dapat...tak tahulah...

Kalau sapa-sapa nak tahu cer tekan...Exora

Tuesday, April 12, 2011

PERKEMBANGAN SI COMEL

Hari ni mummy nak story pasal perkembangan si comel mummy.
Ingat tak???? bagi sesiapa yang tak ingat boleh tengok n3 mummy yang
lepas bertajuk Beranak Dalam Mesin Basuh ye.
Di sini mummy pastekan gambar-gambar gelagat si comel mummy ni
semasa tidur. happy sangat bila melihatkan perkembangan tumbesaran
anak-anak kucing ni. Kalau tak silap mummy umur kucing ni dah dalam
lingkungan 3 bulan.


Tengok tu...tidur peluk-peluk...



Tengah tidur pun mulut masih nak menyusu lg


Mummy kacau...mula lah menggeliat...uuuwwaaarrggghhhh



zzooommm sikit...tengok tu...mulut tak lekang dari puting susu mak dia...

Dalam hati mummy berkata...macamana manusia boleh buang anak sewenang-wenangnya???
Melihatkan kucing ini yang melarat sana-sini pun mummy tak sampai hati...
inikan pula seorang insan. Lihatlah bagaimana si kucing ini begitu sayang
dengan anaknya...pantang anak dia jauh sikit mesti terjerit-jerit si mak
memanggil anaknya...

Monday, April 11, 2011

Selepas 5S (Sisih 1)

Workstation mummy selepas menjalani aktiviti sisih peringkat pertama.
Okla kan...bukan senang nak mencapai matlamat 5S ni.
Beberapa siri gotong royong telah dijalankan.
Di sini mummy cuma paparkan gambar untuk workstation mummy sahaja
tempat-tempat lain biarlah rahsia.....


Aktiviti akan berjalan secara berperingkat...
memang lelah dan memerlukan kerjasama yang kuat antara pekerja.
Tanpa kerjasama 5S tidak akan tercapai.

Friday, April 8, 2011

SEBELUM 5S

Fuhhhhh...jangan terperanjat.
Inilah workstation mummy sebelum 5S bermula.

Memang sesak kepala melihat keadaan ini...




Thursday, April 7, 2011

AMALAN 5S DI TEMPAT KERJA

Sekarang ni jabatan kerajaan sibuk mengaplikasikan amalan 5S.
Sebelum mummy menulis tentang aktiviti 5S yang dijalankan ditempat kerja mummy...mari kita berkenalan dulu tentang apa itu 5S ye. Sila baca keterangan dibawah ye. Episod akan datang mummy akan sertakan sekali gambar-gambar sebelum dan selepas yang telah dijalankan di tempat kerja mummy ni. Berjaya atau tidak???? Tunguuuu


Apa Itu 5S?

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

Sisih (Seiri)

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Susun (Seiton)

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.

Sapu (Seiso)

Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

Seragam (Seiketsu)

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke)

Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

Monday, April 4, 2011

Tahniah

Akhirnya pelakun kegemaran mummy menang juga.

Tahniah ye Sam...mummy tumpang gembira di atas kemenangan itu...