Wednesday, March 9, 2011

BERANAK DALAM MESIN BASUH....

Ni mummy nak story sikit ni...dah lama rasanya mummy
tak bercerita pasal diri sendiri...so harap korang semua
tidak bosan dengan story mummy kali ini ye.

Kalau korang semua nak tau mummy ni paling tak suka bela kucing...
oooppsss jangan silap ye mummy bukan tak suka kucing...tapi mummy
tak suka bela kucing...apatah lagi kalau duduk kawasan perumahankan.
Nanti najis-najis kucing akan mengganggu jiran sekeliling.

Nak jadikan cerita satu hari anak mummy nak masukkan baju di dalam
mesin basuh...
Alammmaaaaaak....hai kucing telah beranak kat dalam tu.
Anak mummy ni memang careless la...dah jemur baju mesti lupa tutup mesin basuh.
Masa anak tu baru lahir mummy memang geli geleman nak pegang. Terpaksalah minta cik abang yang pindahkan dalam kotak. Malangnya si ibu merajuk dan membawa anaknya
ke tempat lain. Dalam hati ada juga rasa bersalah tapi takkanlah nak biarkan
saja dalam mesin basuh macamana pula nak basuh baju....dalam hati mummy
terpaksa redha.

Dua hari lepas mummy tengok kucing tu merempat bawa anak dia ke rumah jiran sebelah. Nak amik tak boleh pula sebab dalam pagar orang. Mummy mengharap sangat agar dia balik dan tup-tup sewaktu mummy balik kerja tengok-tengok dah ada dlm kotak yang mummy sediakan tu. Alhamdulillah....walaupun seekor binatang tapi tak sanggup rasanya mummy nak biarkan
dia hidup melarat macam tu. Biarlah anak-anaknya besar dan kuat dulu baru leh bagi kat orang lain.

Comelkan anak dia..


Yang sekor lagi mata dia bertaik...mungkin sebab dah lama duk kat luar...kesian...
boleh tak kalau mummy letak minyak gamat???

Ni mak dia...

Sekarang ni tugas anak mummy bagi makan dan bersihkan tempat kucing tu...
Mummy cuma jadi penyelia sahaja hehehe....

3 comments:

  1. kesian kan zures..
    camnalah ada org smpai hati buang anak merata-rata..

    ReplyDelete
  2. Betullah kak yon...alangkan binatang kita tak sanggup tengok macam tu, inikan pula manusia...semoga mereka akan diberi petunjuk olehNya insyaallah..

    ReplyDelete

Ke manakah lokasi percutian anda?