Friday, December 23, 2011

AKHIRNYA 8A MILIK SI KAKAK...

TAHNIAH

Buat anak mummy kerana berjaya memperolehi 8A dalam PMR.
Berkat usaha akhirnya kejayaan telah dikecapi.
Pastinya gembira menerima kejayaan ini meskipun
waktu ini kakak tengah demam. Dapat result pun melalui sms sahaja.
Nampaknya lepas ni mummy terpaksa mengotakan janji-janji mummy
pula....kena beli hadiah....
Nantikan ya...

Doa mummy semoga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.
Amin...

Friday, December 9, 2011

Happy Birthday buat si Abang...

Nak tau...sebenarnya masa ni belum tiba lagi birthday dia...
tapi disebabkan masa tu sepupu-sepupu dia dari kampung datang
bercuti...dia pun excited la awalkan sambutan birthday dia tu walaupun tarikh sebenar
seminggu lebih lagi. Dan disebabkan rasa kasihan dan lebih kepada
tak sampai hati mummy pun bergegasla pergi ke kedai
belikan kek harijadi untuk dia.
Dah janji belah kek je....hadiah dan lain-lain kemudian...

Atas permintaan juga kek pilihan dia sendiri...

Antara sepupu dia yang ada...

Happy birthday Abang...moga jadi anak yang soleh dan mendengar
nasihat mummy...Amin..

Ke manakah lokasi percutian anda?