Wednesday, November 14, 2012

Selamat Tahun Baru Hijrah

Cuti sekolah sudah pun bermula.
Esok dah masuk Awal Muharram.
Bulan yang pertama dalam kalendar Islam.
Dah pasang azam baru???? Azam yang lama pula macamana????
Semoga Muharram kali ini membawa lebih kebaikan untuk diri
mummy dan anak-anak. Semoga Muharam kali ini merupakan
penghijrahan yang terbaik bagi mummy untuk menjadi
hamba Allah yang taat...Amin


Sempena cuti sekolah ni juga selain musim kenduri, musim jalan-jalan...satu lagi musim
adalah merupakan musim berkhatan.
Dua putera mummy akan dikhatankan juga...tengah cari-cari tempat
mana yang elok. Tak dapat nak bayangkan macamana suasananya nanti.
Anak yang nak berkhatan mummy pula yang berdebar-debar. 



Apa-apa pun hadiah dah dapat ye...khatan tetap khatan.
Potong sikit je...tak potong banyak pun..


Ke manakah lokasi percutian anda?