Terlalu banyak suka duka yang telah ditinggalkan pada tahun 2014. Banyak yang perlu diambil iktibar dari setiap apa yang berlaku. Ternyata yang suka itu cuma sedikit dan kedukaan datang bertimpa-timpa untuk kita sebagai rakyat Malaysia. Terlalu banyak ujian yang terpaksa ditempuh...namun kembalilah kepada fitrah bahawa Allah SWT sedang menguji kita..
Terasa betapa kerdilnya diri ini. Hebat sungguh kekuasaan Mu ya Allah...sehingga kami yang kerdil ini tidak mampu berbuat apa-apapun. Kami bukanlah siap-siapa sebenarnya....
Insan yang hanya menumpang dimukabumi mu. Segala yang kami ada hanyalah pinjaman yang sekejap cuma.
Ya Allah bantulah kami Insan yang kerdil ini dalam menempuh hari-hari mendatang. Teguhkanlah iman kami di saat kami menerima ujian dari Mu.
Jumpa lagi