Saturday, April 10, 2010

BILA KERINDUAN MELANDA...

Kenapa dengan tajuk di atas?....tak lain dan tak bukan kerana kerinduan mula bersarang dihati.
Rindu pada siapa?...dah tentulah rindu pada buah hati aku yang sorang ni...
Sebenarnya anak aku yang sulung telah mengikuti kem perkhemahan yang telah
dianjurkan oleh pihak sekolah ke Gunung Ledang selama 2 hari. Berat rasanya hati untuk
melepaskan dia pergi...tetapi berat lagi perasaan untuk menghampakan minat
yang telah sekian lama menapak dalam dirinya. Hanya doa yang mampu aku berikan
agar dirinya dalam keadaan selamat dan dapat menjalani perkhemahan
tersebut tanpa sesuatu yang tidak diingini. Semoga segalanya selamat dan berjalan lancar.
Amin.

Thursday, April 8, 2010

Al-Kisah 'ApriL FooL'

Assalamualaikum wbh.
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, gah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’.
Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera MUSUH.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera MUSUH bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak MUSUH mengambil kesempatan untuk menggeledah dan Kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak MUSUH kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera MUSUH.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun Pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah :

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu

Wallahualam

Ke manakah lokasi percutian anda?