INI ENTRY STICKY MODE, SILA SKROLL KEBAWAH UNTUK ENTRY TERBARU
Wednesday, March 31, 2010
Ole-ole dari Jakarta oleh Yuka Luv
Monday, March 29, 2010
TERIMA KASIH KERANA ANUGERAH
SALAM PAGI ISNIN
N3 pagi ini adalah untuk mengucapkan terimakasih ku pada PU3
kerana telah menganugerahkan aku award di atas tu. Terimakasih kepada rakan-rakan yang memberi sokongan, terimakasih pada mak dan ayah, terimakasih pada semua yang terlibat..ewah...ewah dah tersasar jauh pula nampaknya. Dah banyak aku lihat award ni terpampang di blog orang lain..
akhirnya dia melekat juga di blog aku.
Memang betul kata PU3 first time dapat award..memang excited dowh...
YANG NI PULAK PERKARA YANG AKU KENA BUAT SETELAH MENERIMA AWARD....
# Thank & link the person that gave you the award.
# Pass this award onto 12 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
# Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
jadi..berikut adalah senarai bloggers yg aku dah pilih utk ditagkn..:
1. UTARABOY
3. bluedianthus
4. budakkedah
5. kak ina
8. ezany-kun
9. bb hussain
10. adah
11. si lampu neon
12. kerak nasi
Huh jenuh aku nak memilih siapa yang harus menerima award dariku ini....
So apalagi teruskan langkah-langkah ku ini kepada blogger-blogger pilihan anda ye...
Friday, March 26, 2010
Giveaway ButtondotCom
Menarik tak hadiah-hadiah di atas tu? Kalau menarik jomlah join giveaway yang telah diadakan di blog Buttonsdotcom. Giveaway ini akan berakhir pada 29 Mac 2010. Masih ada masa lagi...Jom serbu...
Wednesday, March 24, 2010
Giveaway Contest Birthday Blog Cik Fa
Seronok berblogwalking macam-macam yang zures jumpa. Pelbagai kisah yang dapat dibaca, ada cerita suka...ada cerita duka..dan tidak kurang juga pelbagai ilmu pengetahuan yang zures dapat. Terimakasih teman-teman blogger kerana sekurang-kurangnya dengan berblogwalking zures tetap mendapat SESUATU dari blog kalian. Kali ini zures bertamu pula diblog Cik Fa...tak sangka ada giveaway contest la ni yang best ni. Untuk pengetahuan semua Cik Fa mengadakan contest ini bersempena umur blog beliau yang akan genap setahun pada 27 mac ini... Cik Fa dengan sukacitanya telah menganjurkan Contest Giveaway Birthday Bloh Cik Fa ini. Nak tahu syarat-syaratnya dipersilakan ke blog CIK FA ye....jom la kita meriahkan giveway contest ni...
RESEPI KEBAB - VERSI YUKA-LUV
Teringat hari ni adalah hari Rabu. Ada pasar malam di Seksyen 24 tempat aku tinggal. Teringat juga pesanan anak-anak bila mak dia nak ke pasar malam mesti kirim beli kebab. Ada syarat tau...tak mau sayur..tak mau bawang..macam-macam lagilah. Diorang ingat mamat jual kebab tu nak layan sangat syarat-syarat tu...Teringat juga tentang resepi kebab yang aku baca kat blog Yuka...daripada aku beli kebab kat pasar malam baik aku cuba resepi kebab Yuka...
Resepi Kebab - Versi Yuka Luv.
Resepi Kebab - Versi Yuka Luv.
Bahan2:
1. Roti pita
2. Daging burger
3. Cili sos
4. Tomato sos
5. Thousand island sos
6. Mayonis
7. Kobis
Cara-cara membuatnya:
Roti pita tu di potong kepada 2 bahagian dan dibakar seketika - pastu letak tepi
Daging burger digoreng sehingga masak kemudian dipotong kecil-kecil. Masukkan daging yang dipotong itu ke dalam mangkuk...
Tuangkan cili sos/tomato sos dan 1000 island sos kedalam mangkuk berisi daging tadi...gaulkan semua bahan2 tadi supaya sebati.....
Potong kubis nipis2 dan halus2 dan masukkan ke dalam mangkuk yang lain...(jangan campur dengan daging tadi) masukkan mayonis ke dalam bekas kobis dan kacau bagi sekata....
Ambik roti pita tadi...masukkan kobis sikit...kemudian masukkan daging...dan bahagian atas ditutup sedikit dengan kobis td...
Selesai......SELAMAT MENCUBA...Yuka...akak salin resepi ni ye..
Selesai......SELAMAT MENCUBA...Yuka...akak salin resepi ni ye..
Monday, March 22, 2010
Apa dosa bayi ini?
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
bhnews@bharian.com.my
2010/03/22
BAYI perempuan yang dijumpai di kawasan semak belakang sebuah pasar raya kini menerima rawatan di HRPB, Ipoh.
Bayi yang hanya berbalut dengan tuala mandi itu, dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata bayi itu dijumpai orang ramai yang melalui kawasan berkenaan, kira-kira 500 meter dari tempat pembuangan sampah, pada jam 5.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). “Ketika dijumpai, bayi itu dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat. Malah bayi itu dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu untuk menangis,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon, berkata bayi berkenaan dihantar ke bahagian kecemasan hospital berkenaan, kira-kira jam 8 malam.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.
“Kami belum mengenal pasti bangsa bayi berkenaan kerana tiada sebarang nota ditemui bersamanya,” katanya selepas melawat bayi itu bersama Lembaga Pelawat HRPB. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.
Dr Rahimi berkata, bayi itu ditempatkan di Wad 6C untuk pemantauan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Friday, March 19, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Hangat betul kisah Adamaya ni. Rata-rata blog yang aku kunjungi menceritakan tentang berakhirnya cerita ini. Memang tidak aku nafikan bahawa...