Followers

Tuesday, November 16, 2010

Menu Raya...l


Cadang-cadangnya besok nak masak Laksa Johor. Takde rendang...takder nasi impit tak mengapalah ye...Lagi pun mummy cuti satu hari saja. Majlis qurban pula akan berlangsung pada hari sabtu.

Pada sesiapa yang nak menu Laksa Johor boleh ambil ye...


gambar dari Sambal Belacan


LAKSA JOHOR


BAHAN-BAHAN

1) LAKSA
2 bungkus spageti [rebus hingga lembut]
1 biji timun [hiris bulat]
Daun kesum [hiris halus]
Tauge [celur]
Sedikit cili merah dan belacan [sambal]
Limau kasturi

2) KUAH

Minyak untuk menumis

5 biji bawang merah [hiris]

2 ulas bawang putih[hiris]

2.5 cm halia[hiris]

1 bungkus rempah kari ikan

1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa

3 batang serai [titik]

2.5 cm lengkuas [titik]

1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang 3/4 masak dan dikisar

1 1/2 mangkuk santan cair

5 keping asam gelugur

200 g udang [rebus]

50 sen udang kering

1/2 biji kelapa parut [kerisik]

Garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.

3. Masukkan pati santan, serai dan lengkuas. Biar kuah mendidih.

4. Masukkan isi ikan yang dikisar, kacau hingga sebati dan biar ia mendidih baru dimasukkan santan cair dan asam gelugur. Biar ia mendidih lagi baru dimasukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.

5. Hidangkan laksa bersama kuah dan bahan-bahan lain.

p/s - Laksa Johor kalau nak makan mesti ada sambal belacan baru lengkap dan terangkat...fuhhh


Sumber : kini2u.com


0 ulasan: