Tuesday, September 20, 2011

Cemburu Berdarah - Metro hari ini

USUNG...anggota polis mengangkat jenazah Suriani yang ditikam rakan serumah.

SUNGAI PETANI: “Abah, ada orang pengsan di depan rumah,” kata pesara tentera, Azmi Md Salleh, 50, mengungkap semula kata-kata anak lelakinya yang memaklumkan kejadian seorang wanita pengsan dan berlumuran darah di depan rumah mereka di Taman Semarak, Sungai Pasir, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, wanita pengkid berketurunan Siam berusia 25 tahun itu menikam teman serumahnya, Suriani Md Saad, 29, yang juga rakan sekerjanya di sebuah kilang di Bakar Arang, dekat sini, menggunakan sebilah pisau akibat cemburu.

Suriani meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah sewa mereka sebelum mayatnya ditemui penduduk berhampiran.

Suspek kemudian bertindak menikam dirinya sebelum dipercayai cuba meminta pertolongan daripada jiran.


Azmi yang sedang berehat di rumahnya segera keluar dan terkejut apabila mendapati seorang wanita dalam keadaan lemah tiba-tiba rebah di tepi pintu rumahnya.


Menurutnya, dia kemudian menarik wanita berkenaan masuk ke rumahnya lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut.



P/s : Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni....bunuh membunuh dah jadi perkara biasa. Setiap hari kejadian bunuh

dapat kita baca di dada-dada akhbar. Sedih sangat bila perkara seperti ini terjadi di kalangan kita umat islam. Kemana perginya pegangan dan didikan yang diberikan selama ini. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini???

7 comments:

Ke manakah lokasi percutian anda?