Wednesday, November 30, 2011

TAKLIMAT KHAS SBPA

Ada sesiapa yang dapat surat ni tak???
Ada taklimat khas tentang Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh
Dato' Presiden Ceupacs pada 5hb nanti.
Mesti ramai yang ternanti-nanti apakah bakal diutarakan nanti.
Mummy antara orang yang bertuah kerana menerima jemputan pada hari itu.
So apa-apa cerita akan mummy upload nanti ye...
Kepada kawan-kawan yang sama-sama dapat jemputan tu kita jumpa di sana ya...


ok bye bye
Ada sesiapa nak ajukan soalan tempek kat sini nanti andai berkesempatan
mummy akan tanyakan...

Tuesday, November 22, 2011

CORAT CORET WAKTU BALIK KAMPUNG

Inilah adalah siaran tertunda ye...
Gambar-gambar diambil sewaktu mummy balik kampung tempohari.
Tujuan balik kampung adalah kerana perbicaraan harta pusaka.
Satu ingatan...setiap harta pusaka hendaklah diselesaikan dengan
segera. Ini adalah untuk kebaikan orang yang telah pergi tu.


Ini adalah merupakan rumah peninggalan arwah mak dan ayah.
Rumah dan tanah ini telah diamanahkan untuk adik mummy
yang bongsu. Memandangkan beliau tidak bekerja jadi kami sepakat
untuk menyerahkan rumah ini kepadanya. Rumah ini jugalah
yang menjadi tempat kami berhimpun sewaktu balik berhari raya di kampung.
Memang gamatlah rumah ini bila semua ahli keluarga berhimpun.

Ini adalah halaman rumah. Siap ada gazebo hasil keras tangan adik ipar
mummy. Best lepak kat sini waktu petang sambil menghirup udara segar.
Gambar ni mummy ambil waktu pagi...tengok tu kabus...yang menunjukkan
betapa sejuknya waktu pagi...

Alamak...ada pula yang terselit tukang cuci kereta ni...
Rumah yang nampak bumbung kat depan rumah ni adalah merupakan
satu projek perumahan yang sedang berjalan. Tak lama lagi tempat mummy ni
jadi sibuklah bila perumahan ni siap.

Ini pula projek keluarga mummy.
Dulu bangunan ni merupakan bangunan rumah kedai arwah mak.
Sekarang sedang dalam proses baikpulih dan nak dijadikan tadika.
Projek hasil idea kakak mummy. Kata kakak kalau tak jadi tadika pun
kita usahakan cari guru mengajar Al-Quran dan ajar anak-anak kampung.
Sekurang-kurangnya dapat juga pahala untuk mak dan ayah.

Dah hampir siap dah. Besar juga bangunan ni...
Kata hubby kalau rumah tak muat boleh duduk kat tadika ni...

Okeh....itu saja untuk hari ni....
Alhamdulillah...proses perbicaraan harta keluarga mummy berjalan dengan
baik. Sebelum ke pejabat tanah mummy adik-beradik dah berbincang dulu.
Tak mahu timbul rasa tak puas hati. Apa yang penting semuanya dapat
diselesaikan dengan lancar dan harap-harap Arwah juga dapat bersemadi dengan
aman di sana.
AL-FATIHAH UNTUK MAK DAN AYAH...

Thursday, November 3, 2011

Menu untuk anak-anak...

Traditional

San Remo Reg No5 Spaghetti 500g

Minggu-minggu terakhir persekolahan ni anak mummy pun dah liat nak g sekolah. Macam-macam alasan yang diberikan...kat sekolah dah tak belajar lah dan pelbagai lagi ditambah lagi dengan musim hujan sekarang ni...masing-masing memang liat nak bangun pagi....

Musim ni jugalah mummy akan mencari-cari resepi apa yang nak dimasak untuk anak-anak.
Sikit susah bila si abang tak suka makan nasi manakala si adik asik nak nasi. Dua-dua kena masak....aduh...teramatlah M nye....

Seperti biasa mummy jengahla ke blog kawan-kawan yang suka masak ni...n tertarik ngan resepi Spagetti Seafood Marinara kat blog curlybabe's . Anak mummy memang suka sangat makan spagetti ni....



Ingredients:-
1 packet spaghetti
some olive oil
salt
water
Boil all the above till al dente and drained.

Sauce:-

1 small bottle PREGO' tomatoes sauce + 1 bottle water(same bottle) or more
1-2 tomato diced/chopped
1 carrot shredded
1 big onion diced
2 garlics diced/chopped
1 capsicum diced-(optional)
1 small can button mushrooms slice
some medium prawns
some squids
$2 lala-(or mussels,optional)
1 tbsp chili powder
2 tsp Italian herbs
1 tbsp pepper
1 tbsp black pepper
1 cube chicken stock
salt to taste
oil

mozzarella cheese shredded sprinkle on top
cheddar cheese shredded sprinkle on to
parmesan cheese sprinkle on top

Method:-
Heat oil and saute garlics, add in onions and stir till soft. Add in carrots,capsicum, and stir well. Add in chili powder,pepper,black pepper, Italian herbs,chicken cube and stir. Add Prego sauce, mushrooms,prawns, squids and lala and stir well. Add in water to estimate how much runny preferred, if wants thick then less water. Add salt let simmer for a while and turn off heat.Pour onto boiled spaghetti and sprinkle with mozzarella, parmesan and cheddar cheese. Ready and serve hot.

Ke manakah lokasi percutian anda?