Tuesday, November 22, 2011

CORAT CORET WAKTU BALIK KAMPUNG

Inilah adalah siaran tertunda ye...
Gambar-gambar diambil sewaktu mummy balik kampung tempohari.
Tujuan balik kampung adalah kerana perbicaraan harta pusaka.
Satu ingatan...setiap harta pusaka hendaklah diselesaikan dengan
segera. Ini adalah untuk kebaikan orang yang telah pergi tu.


Ini adalah merupakan rumah peninggalan arwah mak dan ayah.
Rumah dan tanah ini telah diamanahkan untuk adik mummy
yang bongsu. Memandangkan beliau tidak bekerja jadi kami sepakat
untuk menyerahkan rumah ini kepadanya. Rumah ini jugalah
yang menjadi tempat kami berhimpun sewaktu balik berhari raya di kampung.
Memang gamatlah rumah ini bila semua ahli keluarga berhimpun.

Ini adalah halaman rumah. Siap ada gazebo hasil keras tangan adik ipar
mummy. Best lepak kat sini waktu petang sambil menghirup udara segar.
Gambar ni mummy ambil waktu pagi...tengok tu kabus...yang menunjukkan
betapa sejuknya waktu pagi...

Alamak...ada pula yang terselit tukang cuci kereta ni...
Rumah yang nampak bumbung kat depan rumah ni adalah merupakan
satu projek perumahan yang sedang berjalan. Tak lama lagi tempat mummy ni
jadi sibuklah bila perumahan ni siap.

Ini pula projek keluarga mummy.
Dulu bangunan ni merupakan bangunan rumah kedai arwah mak.
Sekarang sedang dalam proses baikpulih dan nak dijadikan tadika.
Projek hasil idea kakak mummy. Kata kakak kalau tak jadi tadika pun
kita usahakan cari guru mengajar Al-Quran dan ajar anak-anak kampung.
Sekurang-kurangnya dapat juga pahala untuk mak dan ayah.

Dah hampir siap dah. Besar juga bangunan ni...
Kata hubby kalau rumah tak muat boleh duduk kat tadika ni...

Okeh....itu saja untuk hari ni....
Alhamdulillah...proses perbicaraan harta keluarga mummy berjalan dengan
baik. Sebelum ke pejabat tanah mummy adik-beradik dah berbincang dulu.
Tak mahu timbul rasa tak puas hati. Apa yang penting semuanya dapat
diselesaikan dengan lancar dan harap-harap Arwah juga dapat bersemadi dengan
aman di sana.
AL-FATIHAH UNTUK MAK DAN AYAH...

5 comments:

  1. bagusnya adik beradik mummy..berpakat2 membawa berkat.semuga arwah ibu bapa mummy tenang dan dicucuri rahmatNya..aminn..

    ReplyDelete
  2. kak yon...terimakasih...tiada lain yang diharapkan semoga kedua ibu dan ayah berada dalam keadaan tenang di sana...

    ReplyDelete

Ke manakah lokasi percutian anda?