Thursday, July 29, 2010
Tuesday, July 27, 2010
IKLAN YANG PALING AKU SUKA
Thursday, July 22, 2010
NO IDEA
Wednesday, July 21, 2010
KENAPA TAK ROGOL SAYA?
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan pada masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu.. “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu. p/s : MORAL CERITA INI??? Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanyamenutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. "...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. Korang yg bergelar wanita...amalkanlah.. moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian. |
Friday, July 16, 2010
POCO-POCO
Kilang tempat saya bekerja menganjurkan aktiviti tarian poco-poco setiap pagi sebelum masuk bekerja sebagai satu bentuk riadah ataupun senaman.Di sini timbul kemusykilan.
Poco poco tersebut dilakukan bersama sama lelaki dan perempuan(campur)dan disertai oleh orang islam dan bukan islam.Guru tersebut juga adalah perempuan dan semua termasuk lelaki juga terpaksa belajar dengannya atas suruhan pihak atasan.Pergerakkan poco poco tersebut mengkehendaki seseorang untuk 'berlenggok-lenggok' dan bergoyang-goyang' dalam aksi yang hanya sesuai di lakukan oleh perempuan sahaja.
- Adakah Poco poco itu HARAM?
- Apakah hukumnya menari bersama-sama lelaki dan perempuan?
- Adakah Islam membolehkan wanita menari poco poco secara berasingan dengan lelaki?
- Apakakah hukumnya lelaki melakukan poco-poco kerana pergerakkan tersebut menyerupai perempuan(gerakan lembut).
Jawapannya :
Maksud senam robik atau poco-poco ini adalah bersenaman dengan mengikut rentak lagu. Poco-poco berasal dari lagu yang diberikan tajuk poco-poco diterbitkan di Indonesia. Tetapi ada orang berpendapat bahawa poco-poco ini berasal dari penganut Kristian Filipina yang melaksanakan tarian ini setiap kali mereka menghadiri upacara keagamaan pada setiap minggu di gereja. Tiadak kisah ia berasal dari negara mana, kerana rentak dan teknik tariannya adalah sama kalau dilihat di mana-mana negara.
Senaman poco-poco ini juga boleh dikategorikan sebagai hiburan yang mempunyai unsur kesihatan. Menurut Imam Al-Ghazali juga telah menyatakan bahawa hiburan ini termasuk dalam apa yang diistilahkan sebagai al-lahwu dan menjelaskan hukumnya adalah harus bagi Muslim untuk berhibur dengan syarat tidak berlebih-lebihan.
Sebelum saya menghuraikan hukum poco-poco mengikut pandangan saya yang tidak seberapa, ini bertujuan untuk mengeluarkan sahabat-sahabat semua dari dibelenggu dengan masalah status halal atau haramnya. Saya berpendapat bahawa senaman poco-poco ini seolahnya seperti sebuah tarian yang diiringi dengan rentak lagu yang dipasang.
Saya datangkan dahulu hukum tarian dalam Islam menurut pendapat Dr. Yusuf Qoradhawi dalam kitabnya yang bernama Fatwa Muasarah :
- Tidak bertentangan dengan adab Islam dan ajarannya. Tarian yang menamppakkan aurat, yang membawa kepada kelalaian, adanya ikhtilat jelas keharamannya. Karena bertentangan dengan perintah Allah Swt.
- Memperhatikan bentuk tariannya. Tarian yang membangkitkan syahwat juga dilarang dalam Islam.
- Tidak boleh mengiringinya dengan sesuatu yang haram. Seperti meminum khamar, memperlihatkan aurat, memanggil jin dll. Apabila sudah dicampur dengan sesuatu yang haram maka tarian itupun jadi haram.
- Tidak melampaui batas dan berlebih-lebihan. Segala yang melampaui batas dan berlebih-lebihan dilarang didalam Islam.
- Berkenaan dengan yang melihat dan mendengarkan. Setiap orang yang melihat tarian ataupun mendengarkan lagu-lagu sehingga membangkitkan syahwatnya, menimbulkan fitnah dan menghilangkan akal sehat wajib dijauhinya.
Saya datangkan juga garis panduan tarian yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang bertarikh 14 Januari 2009 (Klik Di sini) sebagai rujukan masyarakat Islam Malaysia seperti berikut :
- Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
- Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
- Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
- Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
- Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.
Analisis Saya
Berdasarkan kedua-dua pendapat di atas, saya berpendapat bahawa senaman atau tarian poco-poco itu adalah harus berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan oleh Islam seperti tidak bercampur antara lelaki dan perempuan, tidak membuka aurat, tarian yang tidak boleh membangkitkan nafsu, tidak menimbulkan fitnah, tidak melalaikan, tidak memasang lagu yang melalaikan dan tidak ada unsur pemujaan sepertimana dinyatakan dalam 2 pendapat di atas.
Realiti yang berlaku dikebanyakkan tempat dalam negara Malaysia melaksanakan tarian poco-poco ini bercampur antara lelaki dan perempuan, dilaksanakan di tempat yang terbuka, perempuan yang tidak menutup aurat dengan sempurna, memasang lagu yang ada unsur-unsur keterlaluan dan melalaikan. Jika Keadaan seperti ini berlaku, maka saya lebih cenderung berpendapat haram kerana ia melanggar syarat-syarat yang ditetapkan dalam Islam sepertimana dinyatakan di atas.
Tidak menjadi masalah kalau tarian poco-poco ini diasingkan antara lelaki dan perempuan ditempat yang berbeza. Tarian poco-poco perempuan dibuat ditempat yang tertutup dan jauh dari pandangan lelaki, tidak memakai pakaian yang menjolok mata atau seksi dan dipasang dengan lagu yang mempunyai unsur yang baik. Di sini tiada apa yang dapat dipertikaikan lagi dan Islam juga tidak menghalang umatnya berhibur, tetapi biarlah hiburan itu mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syarak.
Lelaki menyertai tarian poco-poco menyerupai perempuan? Menurut pendapat saya tiada asas pandangan ini, kerana ia tidak disertakan dengan fakta yang jelas. Tarian poco-poco adalah bertujuan untuk bersukan dan menyihatkan badan dan tiada fakta yang mengatakan bahawa tarian poco-poco ini meniru atau hanya untuk perempuan sahaja. Sepertimana saya jelaskan di atas, kalau tidak bercampur lelaki dan perempuan dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh Islam, maka harus bagi lelaki menyertai tarian tersebut.
Tarian poco-poco berasal dari agama kristian? Saya berpendapat bahawa tarian poco-poco ini yang dilaksanakan di Malaysia tidak pula menampakkan unsur-unsur keagamaan dan tiada pula setiap pergerakkannya berlambang kristian seperti yang didakwa oleh sesetengah blog dan artikel. Saya juga berpendapat bahawa tarian poco-poco ini tidak mengamalkan budaya agama mereka. Hujah saya yang mengatakan seperti ini ialah tarian tersebut tidak menjejaskan akidah umat Islam, dan tidak mensyirikkan Allah. Jauh sangatlah kalau dikatakan tarian poco-poco ini mengikut agama kristian.
Saya tegaskan di sini bahawa saya tidak membangkang pendapat orang yang mengatakan haram disebabkan poco-poco ini mengikut budaya kristian atau sebagainya, kerana mereka juga mempunyai hujah. Segala hujah saya di sini bukan menyokong tarian poco-poco ataupun menidakkan tarian poco-poco! kalau anda semua mempunyai hujah berdasarkan pendapat-pendapat ulamak, maka teruskan dengan hujah anda semua. Artikel saya ini bukan fatwa, tetapi ini sekadar pendapat saya sahaja berdasarkan ilmu yang lemah dan saya tidak layak mengeluarkan fatwa.
CERITERA PAGI JUMAAT
"Saudara ingin tahu sesuatu yang menarik? Itu merupakan kanak-kanak yang paling bodoh di dalam dunia," kata Si Gunting Rambut kepada pelanggannya sambil menunjukkan jari pada seorang kanak-kanak yang sedang bermain di luar.
" Mengapa?", tanya pelanggan tersebut kehairan.
"Mesti ada maksud yang tersirat di sebalik kata-kata itu," tambah pelanggan itu.
"Mari saya tunjukkannya", kata Si Gunting Rambut dengan bangga.
" Hoi budak, mari sini sekejap. Di sini ada sedikit wang iaitu sekeping duit syiling 50 sen dan sehelai duit kertas RM5. Sila pilih dan pergilah membeli aiskrim menggunakan duit tersebut, " arah Si Gunting Rambut.
Kanak-kanak tersebut agak sukar hendak membuat pilihan. Akhirnya dia hanya mengambil duit syiling 50 sen. Lalu beredarlah kanak-kanak tersebut daripada kedai itu. Dia kelihatan gembira kerana mendapat wang untuk membeli aiskrim.
" Tengok. Kan saya sudah kata. Walaupun terdapatnya pilihan antara duit kertas RM5 dan duit syiling 50 sen, kanak-kanak itu tetap memilih duit syiling 50 sen. Alangkah bodohnya kanak -kanak itu. Sudah banyak kali saya lakukan demikian, namun dia tetap memilih duit syiling 50 sen, " cerita Si Gunting Rambut sambil ketawa.
Si pelanggan kurang senang dengan jawapan yang diterima. Lalu ia mengambil keputusan bertanya kepada si budak tersebut sendiri di luar nanti.
" Mengapa kamu mengambil duit syiling 50 sen dan tidak mengambil duit kertas RM5. Bukanklah nilainya lagi besar."
" Ya, saya tahu itu. Tetapi jika saya mengambil wang tersebut dan bukannya duit syiling 50sen, maka permainan ini akan tamat. Saya tidak akan mendapat aiskrim lagi pada masa akan datang."
Apa kesimpulan daripada cerita di atas? Kesimpulannya, jangan memandang rendah pada orang lain. Mungkin kita sendiri yang sebenarnya yang sedang diperbodohkan. Jangan sangka kita sudah bijak dan anggap orang lain bodoh……ambil iktibar dan pengajaran dari cerita ini….
Tuesday, July 13, 2010
Hukuman terhadap ibu bapa ikut kesesuaian
Thursday, July 8, 2010
Pemuda perjuang poligami
diwujudkan perjuangan macam ni. Mesti ramai lelaki Malaysia yamg setuju kan..
Ramai jugak kaum wanita yang merana.
Anda nak tahu kenapa???
Sebab orang Malaysia kalau nak kahwin lebih dari satu ni
diorang tak akan pilih anak dara tua atau mak-mak janda yang ada
10 anak tu..sebaliknya yang jadi pilihan mereka adalah anak dara yang
lawa-lawa dan masih ranum. Rata-rata mummy dengar macam tu.
Sesiapa yang berpoligami tu harap jangan terasa ye...dan bagi sesiapa yang berhajat
nak berpoligami tu pandai-pandailah mengikut sunnah tu ..
jangan hanya bab kawin je nak ikut tapi bab tanggungjawab hancusss...
sumber kartun dari ALIF FIRDAUS AZIZ
JEDDAH: Sekumpulan lelaki muda Arab Saudi melancarkan usaha menggalakkan poligami sebagai cara untuk mengakhiri masalah anak dara tua di kalangan wanita di negara itu.
Mereka melancarkan kempen dalam Facebook berjudul ‘Kami Mahu Empat Isteri,’ dan meminta setiap lelaki Saudi yang berkemampuan, berkahwin empat bagi mengurangkan jumlah wanita tidak berkahwin di negara itu.
Tidak ada statistik mengenai jumlah wanita negara itu yang tidak berkahwin.
Namun, jumlah mereka dipercayai ramai kerana kos terlalu tinggi untuk mendirikan rumah tangga.
“Setiap lelaki Saudi yang berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal untuk berkahwin lebih daripada seorang tidak perlu teragak-agak untuk berkahwin lebih bagi membantu menangani masalah wanita yang tidak berkahwin.
“Dengan berbuat demikian mereka juga membantu mengekang kos perkahwinan yang tinggi yang menjadi punca ramai pemuda mengelak untuk berkahwin,” kata kumpulan itu.
Keluarga juga didesak supaya tidak menyulitkan persediaan perkahwinan dengan meminta wang hantaran yang tinggi dan tanggung jawab kewangan yang tidak boleh disediakan oleh bakal pengantin lelaki.
Selain itu, kumpulan berkenaan meminta kaum lelaki yang berkahwin lebih daripada satu supaya berlaku adil dan melayan isteri secara sama rata seperti yang dituntut oleh Islam.
Sementara itu, sekumpulan pemuda Saudi lain yang melancarkan kempen yang sama, juga dalam Facebook berkata, Islam tidak mencipta poligami sebaliknya hanya menghalalkannya.
Mereka juga berkata, Barat melihat lelaki Islam yang berkahwin lebih daripada satu dengan penuh prasangka, lebih-lebih lagi ada di kalangan mereka yang tidak mengikuti syarat yang telah ditetapkan agama itu.
“Jangan anda berkahwin isteri kedua semata-mata kerana mahu berkahwin. “Anda hanya perlu kahwin apabila ada keperluan untuk beristeri kedua, ketiga dan keempat dan jika anda berkemampuan dari segi kewangan untuk menyara mereka secara adil,” kata kumpulan itu. - Agensi
Wednesday, July 7, 2010
BUAH TEMBIKAI DIJUAL RM184,906
TURPAN - Sebiji tembikai yang paling manis di dunia dijual AS$57,729 (RM184,906) pada satu lelongan di sini, Xinjiang, China, lapor sebuah akhbar semalam.
Buah tembikai itu pada kebiasaannya mengandungi 20.2 gram gula bagi setiap berat 100 gram.
Harga itu merupakan cerita kejayaan untuk petani Lu Tan yang memiliki buah tersebut dan cuma memperoleh pendapatan AS$455.76 (RM1,459) sebulan.
"Saya merancang untuk membeli lebih banyak tanah dan menjual buah tembikai yang lebih besar pada tahun depan," katanya. - Agensi
ANAK DARA NORMALA SHAMSUDDIN
-
Hangat betul kisah Adamaya ni. Rata-rata blog yang aku kunjungi menceritakan tentang berakhirnya cerita ini. Memang tidak aku nafikan bahawa...