Monday, May 30, 2011

Cadangnya...

Cadangnya besok nak buat nasi lemak ni. Jalan-jalan kat blog http://nshafea.blogspot.com
nampak resepi ni....rasanya mesti anak mummy suka...sebab ada kaler-kaler...



Sources:-From rinsca@myresipi.com
Nasi Lemak Hujan Panas
Bahan-bahan
( 4 orang )

2 mug beras (dicuci bersih)
1/2 mug santan pekat
2 mug air (ikut jenis beras)
1 biji bawang putih (di mayang halus)
1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
1/2 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
Sehelai daun pandan
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.


Cadangan mummy nak makan ngan sambal sotong....nyum...nyum...

Friday, May 27, 2011

SEDETIK SEBELUM KEJADIAN

Gambar kenangan sedetik sebelum kejadian tanah runtuh yang menimpa
pelajar-pelajar Tahfiz baru-baru ini.

Sedekahkanlah ALFATIHAH bagi yang telah pergi...
Amin...

Thursday, May 26, 2011

BE YANG CUTE

Suka sangat bila mummy dapat BE yang cute ini.
Tiap-tiap hari mummy telek gambar budak-budak ni.
Memang comel.
BE ni merupakan BE yang ketujuh mummy pada tahun ni.
Wow ketujuh gitu....mesti ramai yang jealous kan.
Rilex xyah jealous sebab walaupun mummy banyak dapat BE tp
earningnya tidaklah sama macam blog otai-otai tu. Traffik mummy pun kureng...
kalau mummy takde masa nak blogwalking alamat blog mummy ni takde orang nak singgah.
Yelah mummy bukan pandai sangat nak menyusun kata-kata indah...
Walau apapun terimakasih Nuffnang kerana tak putus-putus memberika BE buat mummy.

Kepada pengunjung blog mummy sudi-sudikanlah klik ye...hehehe

Friday, May 20, 2011

SEKALUNG TAKZIAH



Sewaktu mummy berblogwalking ke blog rakan-rakan...
terkedu sekejap apabila menerima berita ini
pemilik BLOG TELORDIBASUH telah meninggal dunia semalam.
Setinggi-tinggi Takziah buat keluarga Allahyarham yang pastinya sedang bersedih saat ini.


Semoga Allah Mencucuri RahmatNya
dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Thursday, May 19, 2011

JAHAT BETUL KAN!!!!

Pelbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan dan menghina umat islam. Semoga mereka ini
diberi petunjuk yang benar....

Berhati-hatilah bila membeli setiap barangan kerana tanpa sedar kita boleh terpesong
akidah...


Monday, May 9, 2011

CIKGU SHIDAH KINI DAH ADA BLOG!

Memang meletup-letup kisah cikgu shidah sekarang ni.
Meskipun pelbagai andaian dan persepsi tentang cikgu shidah ni
yang telah mummy dengar dan baca namun pada mummy
Cikgu Shidah punya keistimewaan tersendiri.
Mummy sentiasa berfikiran positif...
Maaflah bagi sesiapa yang tak suka ye...

bagi sesiapa yang nak berkunjung ke blog Cik Shidah...
Sila Klik Kat SINI YE...

Saturday, May 7, 2011

Si Tompok Hitam Dah Mati

Sedih sangat-sangat apabila bangun pagi ni mummy dikejutkan
dengan kematian si Tompok Hitam ni...
Sedar-sedar pagi jiran sebelah bgtau mummy si Tompok dah terbaring kaku....
walaupun hanya seekor kucing
mummy tetap terasa kehilangannya. Apatah lagi askar mummy yang dua orang
itu...sebaik sahaja mummy beritahu yang si Tompok Hitam dah mati si abang
menangis teresak-esak. Mummy sendiri dapat merasakan kesedihan itu.
Kini yang tinggal hanya gambar dan kenangan.
Hingga ke malam si abang menangis apabila melihat gambar
si tompok di dalam handset mummy. Itu baru kehilangan seekor kucing....

Wednesday, May 4, 2011

UBAT MENGANTUK


Sapa mengantuk angkat tangan....hahaha ada ke orang nak angkat tangan.
Ni mummy nak bagi ubat mengantuk ni...
meh layari website ni...macam-macam ada.
Dari keletah kanak-kanak, games dan macam2 lagi la.
Memang syookkk dan bagi sesiapa yang ada anak tu
daripada duk melayari laman web yang tidak berfaedah
baik kenalkan je website ni...

Jom buka website ni


Harap mummy boleh melegakan sedikit kebosanan anda hehehe
Tengah ngantuk ni sebenarnya...

Ke manakah lokasi percutian anda?