Tuesday, June 29, 2010

Antara 11 orang yang mendapat doa malaikat ialah:


Antara 11 orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Friday, June 25, 2010

Ops Black Face

Ini adalah keratan email yang zures terima tentang serbuan yang dibuat keatas produk kecantikan. Mungkin ianya boleh dikongsikan bersama demi untuk kebaikan. Harap rakan-rakan sentiasa berwaspada apabila membeli produk-produk kecantikan ni. Takut nanti cantik yang diharap tetapi lain pula yang dapat.


Saya memohon maaf atas kelewatan posting entry ini yg sepatutnya semalam dah disiarkan. Ini kerana kesibukan terlampau dan laptop pula buat hal.

Entry ini ialah mengenai serbuan penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan ke atas dua buah syarikat yang memasarkan produk yang disasarkan kepada wanita yang bercita-cita untuk menjadi putih, menawan dan cuba 'merubah' menjadi lebih 'cantik'.


Sebagai makluman kepada pembaca, entry ini saya tumpukan kepada usaha pendidikan dan kesedaran di kalangan pengguna yang masih tidak memahami atau cuba untuk memahami implikasi / kesan dari penggunaan produk yang mengandungi bahan di bawah Akta racun 1952.


Panduan:

HYDROQUINONE

- sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hidroquinone adalah untuk membunuh melanocytes , sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.

- hydroquinone adalah sangat toksik dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, juga digunakan dalam proses foto, 'herbicides' , pemprosesan getah dan pemprosesan 'hair dyes'.

Kesan sampingan hydroquinone

- penghitaman kawasan kulit , terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.

- kawasan kulit boleh terluka, terbakar , kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.

- turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.

- jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan mata kesan terbakar dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menghitam.

- juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

TRETINOIN

- merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris)

kesan sampingan tretinoin

- rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra violet.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.

==============================================

Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Damansara Damai, Petaling Jaya, diketuai Pengarah Penguatkuasa Farmasi, KKM, Mohd Hatta Ahmad.

Bukan sekali, tetapi dalam tempoh kira-kira 3 tahun, premis ini pernah diserbu dua kali sebelumnya.

Produk yang dipasarkan, memang mendapat sambutan, malah serbuan dan rampasan sebelum ini tidak mampu untuk menghentikan penjualan produk ini yang diubah sedikit kepada namanya setelah produk sebelumnya dirampas.


Rampasan sebelumnya setelah ujian makmal mengesahkan, produk ini mengandungi hidroquinone.

Dan kali ini, dua produk dirampas:

1- Natasya Krim Herba Gold - dikesan mengandungi hydroquinone 7-75 % w/w dan tretinoin.
2- Natasya Krim Herba -dikesan mengandungi hydroquinone 4-83 % w/w dan tretinoin.

Dan dalam serbuan kedua di sebuah premis kilang di Bandar Pinggiran Subang, satu lagi produk kecantikan wanita dirampas.

Jenamanya De'Putih. Begitu kemelayuan bunyinya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, apa yang difikirkan langsung tidak mencermin nama itu sendiri.

Produk De'Putih sebenarnya adalah produk yang diimport terus dari Filipina sebagaimana juga tertera pada kotak pembungkusannya.

Syarikat di Bandar Pinggiran Subang ini hanyalah pengedar, dan kepada pengguna, menggambarkan seolah-olah syarikat terbabit yang membuat produk itu.

Mereka sebenarnya hanya menerima barangan dari kilang Goldwin Manufacturing Lab. Corp, Filipina, dan memasarkannya di sini.

Pada kotaknya, mendakwa sebagai 'mencerahkan dan mengatasi masalah kulit anda'.

De Putih Night Cream dikesan mengandungi tretinoin - yang mana tretinoin bukanlah untuk mencerahkan kulit, tetapi digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris) atas perskripsi doktor.

Kepada pengguna yang peka, banyak yang boleh dipertikaikan atau diberi perhatian apabila membaca label pada kotaknya.

- Tertera logo halal (yang tidak diiktiraf), tetapi dikilangkan di Filipina. Apakah jaminan pengeluar logo halal swasta itu, yang ia juga melakukan pemeriksaan di kilang di Filipina itu?

- Kandungannya juga ditulis mengandungi cetyl alcohol.

- Terdapat ayat melucukan - ' Sila dapat nasihat pakar sebelum mengguna.' Jika kena nasihat pakar sebelum gunakannya, apa guna kita membelinya?...


- Sebenarnya, syarikat ini tiada kaitan langsung dengan Melayu, tetapi nama digunakan adalah berunsur kemelayuan.

- Nampaknya syarikat ini mengetahui akan bahaya hydroquinone, jadi dicetak bahawa produk ini tiada bahan itu. Malangnya, produk ini mengandungi tretinoin...

- Dakwaan bahawa ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM juga, adalah palsu. Tiada sebarang rekod pada KKM, syarikat ini memohon kelulusan KKM.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dua lagi produk ialah:

1- Krim Malam Misha - dikesan mengandungi hydroquinone 7-65 % w/w dan tretinoin

2 - Di dalam Set Produk Shadira:

- krim tidak berlabel - dikesan mengandungi hydroquinone 5-1 % w/w dan tretinoin

- krim berlabel Pearl - dikesan mengandungi hydroquinone 5-72 % w/w dan tretinoin

===================================================

Kesan jangkapanjang penggunaan produk mengandungi bahan ini, boleh mencacatkan wajah wanita, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaannya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerahan selepas memakainya.

Dan nasihat juga dikeluarkan, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.

======================================================================

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) : 03-7883 8549 / 5551
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM : 03-7841 3200/ 3215
atau emel pharmacy1@moh.gov.my

sekiranya memerlukan keterangan lanjut atau pengesahan mengenai produk berkaitan.

ondscene


----
Mail Forwarder----

Thursday, June 24, 2010

HADIAH BUAT KORANG..

Dah dua hari asik cerita pasal CT je.
Hari ni tak de cerita menarik yang nak aku kongsikan.
Tunggulah kot-kot jap lagi idea tu datang mencurah-curah.

Ni aku nak hadiahkan untuk korang gambar cute ni..
bayangkanlah diri korang dalam gambar tu..
n sape-sapelah yang korang suke yang sorang lagi tu.


Wednesday, June 23, 2010

Siti drives off with KCT 1 for RM66,550

Gambar dari beautiful nara


ALOR STAR: It's Siti's.

The car registration number plate "KCT 1", issued by the Kedah Road Transport Department, belongs to pop queen Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Her husband, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, had outbid a number of bidders to present Siti with the "personalised" registration number which represents the combination of their names. Khalid was the highest bidder with RM66,550.


It is not immediately known if Khalid would buy his wife a new car to go with the "exclusive" registration number plate although she has a car.

Siti Nurhaliza had won a Nissan X-Trail after being proclaimed the "Most Popular Artiste" during the "Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009" in April.

State RTD director Abdul Rahman Hussein declined to give details of the bidding.


However, it was learnt that bids for "KCT 1" were among the highest ever received by the department in recent years.

Siti Nurhaliza yesterday denied newspaper reports that she had submitted the bid but, instead, claimed it was her husband who had done it. She said she would never fork out such a huge sum just for a car registration number plate.

Recently, in Terengganu, the registration number plate bearing "TAY 1" fetched RM200,000.


The record in Terengganu stands at RM200,090, which was paid for the number plate "TAN 1".


Akhirnya dapat juga no tu kat Siti. Banyak betul duit diorang ni kan. No plat kereta pun boleh buat beli sebiji kereta lagi. Itulah yang dikatakan tuah CT.


Tuesday, June 22, 2010

TUAH BADAN CT NURHALIZA

Alangkah bertuahnya orang yang bernama CT Nurhaliza. Walaupun hidupnya semasa kecil boleh dikategorikan sama seperti orang biasa namun sekarang siapa yang tidak tahu bahawa dia sekarang adalah seorang usahawan malah jutawan yang berjaya. Berita terbaru mengenai dirinya yang telah membida plat KCT 1 memang mendapat perhatian meluas. Hari ini CT telah menyatakan bahawa pembida plat KCT 1 itu adalah suaminya. Samalah tu kan...Dah namanya suami isteri. Apa-apa pun aku tetap kagum dengan ketabahan yang dimilikinya. Keupayaannya menepis setiap tohmahan yang menimpa dirinya tanpa melatah memang cukup aku puji...

Suami pembida plat KCT 1: Siti
Oleh Farihad Shalla Mahmud

2010/06/22

 SITI menerima replika kunci daripada Ang sambil diperhatikan Mahfar (kiri) dan Hanizam pada majlis penyerahan kereta Nissan X-Trail 2.0L di Kuala Lumpur, semalam.

SITI menerima replika kunci daripada Ang sambil diperhatikan Mahfar (kiri) dan Hanizam pada majlis penyerahan kereta Nissan X-Trail 2.0L di Kuala Lumpur, semalam.
Bintang Paling Popular ABPBH 2009 perjelas isu bidaan nombor kereta

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menjelaskan beliau bukan pembida utama nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 seperti yang dilaporkan akhbar semalam.

Sebaliknya, kata pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009 itu, pembida sebenar yang dimaksudkan adalah suaminya sendiri, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

“Apabila Siti baca laporan berkenaan, Siti amat terkejut kerana bukan Siti yang membida tetapi suami.

“Siti memang tak akan mengeluarkan belanja yang banyak seperti didakwa hanya untuk nombor pendaftaran kenderaan,” kata Siti ketika ditemui selepas majlis penyerahan kereta Nissan X-Trail 2.0L bagi pemenang Bintang Paling Popular ABPBH2009 di Bilik Pameran Nissan, Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd (ETCMSB), Jalan Raja Laut, di sini semalam.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif ETCMSB, Datuk Ang Bon Beng. Hadir sama, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali; Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan, Hanizam Abdullah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH2009; Pengurus Kanan Penajaan Pemasaran NSTP, Wan Rafilin Wan Mohd Noor serta Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar.

Mengenai hadiah kemenangannya iaitu kereta Nissan X-Trail bernilai RM130,000 itu, penyanyi lagu Biarlah Rahsia ini berkata, beliau akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu bagi mempromosikan produk kecantikan dan penjagaan diri miliknya, SimplySiti yang sudah berada di pasaran lebih dua bulan lalu.

Sementara itu, mengulas penajaan antara ETCMSB yang terjalin sepanjang acara ABPBH2009 ini berlangsung, Ang berkata pihaknya berpuas hati dan berhasrat meneruskan kerjasama ini pada masa depan.
“Kami amat berpuas hati kerana dengan kerjasama ini, matlamat kami untuk mempromosikan Edaran Tan Chong Motor sebagai sebuah syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial serta membantu meningkatkan lagi taraf dunia hiburan tanah air tercapai,” katanya.

Friday, June 18, 2010

SAYANGI JANTUNG ANDA




Apa yang dimaksud Serangan Jantung ?

Serangan jantung terjadi ketika aliran darah ke suatu bahagian otot jantung terhalang. Jika aliran darah tidak boleh diperbaiki dengan cepat, bahagian dari jantung tersebut akan rosak kerana kekurangan oksigen dan boleh mengakibatkan kematian.

Serangan jantung adalah pembunuh utama baik terhadap lelaki mahupun wanita. Sekarang banyak cara penyembuhan serangan jantung yang boleh menyelamatkan nyawa dan mencegah kecacatan. Rawatan sangat efektif jika dimulakan dari 1 jam setelah awal gejala.

Serangan Jantung sering terjadi kerana sebuah keadaan yang biasa disebut Coronary Artery Disease (CAD). Pada keadaan CAD, sekumpulan lemak yang disebut plak berkumpul selama bertahun-tahun pada bahagian dalam arteri koroner (bahagian arteri yang menyalurkan darah dan oksigen ke jantung). Pada akhirnya, kawasan plak tadi berkumpul dan menghalang aliran darah.

Jantung dan Pemyempitan Arteri Jantung

Jantung dan Pemyempitan Arteri Jantung

Gambar Jantung dengan jaringan otot yg rosak dan arteri yang tersumbat.

Sewaktu terjadi serangan jantung, jika halangan pada arteri koroner tidak di rawat dengan segera, otot jantung akan mula mati dan digantikan dengan bekas luka. Kerosakan pada jantung ini tidak disedari, tetapi akan menjadi masalah secara perlahan-lahan.

Beberapa masalah yang boleh dikaitkan dengan serangan jantung adalah gagal jantung dan life -threatening arrhythmias (detak jantung tidak normal). Gagal Jantung adalah sebuah keadaan dimana jantung tidak dapat mengepam darah yang cukup ke seluruh tubuh.

Tindakan cepat terhadap tanda-tanda serangan jantung akan menyelamatkan nyawa anda dan mengurangi bahaya terhadap jantung anda.

Rawatan yang efektif adalah satu jam awal gejala serangan.

Tanda-tanda dan gejala yang biasa terjadi sebelum serangan jantung adalah :

  1. Rasa sakit pada dada, rasa seperti tertekan, seperti diramas, sakit pada daerah tengah dada yang bisa terasa kuat atau ringan. Rasa sakit ini terjadi beberapa minit kemudian hilang dan kembali lagi.
  2. Rasa nyeri di salah satu atau ke dua tangan, pungung, leher, rahang atau perut.
  3. Pernafasan terasa pendek yang berlangsung saat rasa sakit didada atau setelahnya.
  4. Tanda lainnya termasuk nausea (rasa sakit di perut), pening atau pengsan, sering berpeluh sejuk.

Jika Anda atau orang terdekat anda ada yang mengalami gejala sakit jantung, lakukanlah seperti berikut :

  1. Telefon ambulan dengan segera.
  2. Jika gejala hilang dalam waktu kurang dari 5 (lima) minit, segera hubungi doktor anda.
  3. Usahakan menggunakan ambulans ke hospital kerana di dalam ambulan biasanya terdapat peralatan pertolongan cemas terhadap serangan jantung.
  4. Minum pil nitroglycerin dari doktor anda seperti nasihat doktor jika anda memang pesakit jantung.

Setiap tahun sekitar 1,1 juta orang di Amerika terkena serangan jantung, dan sebahagian meniggal dunia. Serangan Jantung adalah pembunuh utama baik lelaki mahupun wanita di Amerika.

Jika anda merasakan gejala seperti diatas, segeralah melakukan berbagai pencegahan dan perawatan. Serangan jantung dapat membunuh hanya dalam waktu kurang dari satu jam.

Salah satu alat kesihatan yang sudah banyak dipakai penderita jantung untuk mengurangi sakit jantung dan melancarkan peredaran darah adalah kalung biofir, anda dapat memperoleh maklumat lebih lanjut tentang kalung biofir di Biofir Center Indonesia.

Maklumat diperolehi dari sini.

Wednesday, June 16, 2010

PAKNIL @ IMAM MUDA





Jangan lupa saksikan kemunculan Pak Nil di dalam rancangan
Imam Muda. Apa peranan Pak Nil dalam rancangan ni..
pastinya ramai yang yang dah tau kan.

Apa yang pasti handsome betul Pak Nil dengan pakaian di atas.
Bersongkok dan memang kelainan dari Pak Nil yang sebelum ni.
Pada usia sekarang rasanya bagus juga kan kalau Pak Nil beralih pula
untuk mengacarakan program-program yang berunsur agama.
Jangan marah ye Pak Nil...apa-apa pun saya tetap peminat Pak Nil.
Rancangan yang paling saya minat adalah Jangan Lupa Lirik.
Cayalah Pak Nil.

Tuesday, June 15, 2010

RESEPI CHEEZY WEDGES

Ni resepi Chezzy Wedges kegemaran anak-anak aku.
Kalau pergi KFC, tak oder 2, 3 tak sah.
Bukan budak-budak je yang suka bapa budak pun
tumpang sekaki.



CHEESY WEDGES

BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (boleh guna cheese slices)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar sour cream (boleh ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.

OK PUAN-PUAN SELAMAT MENCUBA (baca dengan gaya chef wan tau)

GELAK GELI HATI





Monday, June 14, 2010

KUIH BAKAR/BINGKA

Dah lama tercari-cari resepi kuih bakar ni. Tak sangka jumpa masa blogwalking kat blog Teratak Honeyz.
Minta izin untuk ambil resepi ni sebab nak cuba buat kat rumah.
Dah jadi nanti mummy tempek kat sini ye.


Acuan Kuih Bakar



honeyz guna acuan ni


Boleh juga guna yang ni kalau xde yang acuan di atas

Resepi Kuih Bakar
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 cawan santan dari 1 biji kelapa
3 cawan air daun pandan (10 helai daun pandan)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau jika mahu
sedikit bijan yang digoreng tanpa minyak

Cara membuatnya
  1. Satukan tepung, gula, garam, santan dan air pandan dalam bekas. Kacau hingga sebati. Masukkan telur dan kacau lagi sampai sebati. Kemudian tapiskan. Kalau malas bolehlah diblenderkan aje bahan kemudian tapiskan.
  2. Lengserkan acuan kuih bakar atau loyang dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan adunan yang telah ditapis kedalam acuan dan bakarkan di atas api yang kecil.
  4. Sekiranya anda menggunakan loyang, sila bakarkan dengan menggunakan oven dengan suhu 180'C selama 1 jam dengan api atas bawah.
  5. Bagi penggemar bijan, bolehlah ditaburkan bijan yang telah digoreng tanpa minyak keatas kuih bakar tadi selepas 30 minit ianya dibakar.

Sunday, June 13, 2010

Wajah-wajah bayi selebriti

Comelkan anak-anak diorang ni...

Ratu Haidar bayi sulung Que Haidar bersama Linda Jasmine


Ziana bersama pasangan kembarnya Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel



Abby Abadi dan Norman Hakim ketika mereka menyambut kelahiran cahaya mata ketiga mereka Maria Danisha disamping 2 anak mereka yang lain Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania Hakim



Cahaya mata pertama Eja Nur Eishal



Erra Fazira bersama si comel Engku Aleesya Engku Emran

Saturday, June 12, 2010

JANTUNG HATIKU KENA CHICKEN POX

Chicken Pox punya pasal...anak buah kesayangan aku
telah dimasukkan ke hospital.
ciannye dia...

Semoga cepat sembuh sayang...

Tengok tu kaki berselirat dengan wayar.
Ngerinya tengok...apa nak buat...

Renungan manja seorang anak pada si ibu...

Thursday, June 10, 2010

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia



Tuesday, June 8, 2010

SHAHIR AF8

Handsomenya Mat Shahir ni...

Ada peminat-peminat Shahir AF8 di sini...

NAMA: Ahmad Shahir Zawawi

NAMA PANGGILAN: Shahir

TARIKH LAHIR: 5 September 1988

TEMPAT LAHIR: Hospital Besar, Ipoh, Perak

UMUR: 21 tahun

BANGSA: Melayu

AGAMA: Islam

TINGGI: 168 sm

BERAT: 65 kg

STATUS: Bujang

PEKERJAAN: Pelajar Pusat Asasi, UIA

PENDIDIKAN TERTINGGI: Diploma (Kejuruteraan)

NAMA BAPA: Zawawi Abdullah (54 tahun)

PEKERJAAN BAPA: Guru

NAMA IBU: Mahanum Osman (45 tahun)

PEKERJAAN IBU: Surirumah & pengasuh

ADIK BERADIK: 5 orang (anak pertama)

HOBI: Merancang masa depan

GAMBARAN PERIBADI: Senang percaya orang dan akhirnya senang tertipu & bertanggungjawab

MAKANAN KEGEMARAN: Sotong Pedas

MINUMAN KEGEMARAN: Fresh Orange

MUZIK KEGEMARAN: Balada

PELAKON LELAKI KEGEMARAN: Zulhuzaimi

PELAKON PEREMPUAN KEGEMARAN: Azean Irdawaty (dlm diary kata Rozita Che Wan???)

PENYANYI LELAKI KEGEMARAN: P.Ramlee

PENYANYI PEREMPUAN KEGEMARAN: Rossa

FILEM / DRAMA KEGEMARAN: Adnan Sempit & Balqis

FESYEN KEGEMARAN: Nusantara

WARNA: Biru


10 Jawapan Nakal Shahir


1. Jika anda menjadi juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Siapakah orang pertama yang anda akan peluk dan apakah perkataan yang bakal diluahkan kepada orang tersebut? Mengapa?

Ayah dan ibu, saya amat merindui mereka dan saya berjaya kotakan janji saya terhadap mereka untuk menjadi juara AF8 kerana ini cita-cita dan matlamat saya sebelum menyertai ujibakat AF8.

2. Sekirannya anda diberi pilihan memilih pasangan hidup dikalangan bintang Akademi Fantasia, siapakah calon yang paling anda mahu jadikan dia isteri atau suami? Mengapa?

Heliza kerana dia mempunyai perwatakan yang sesuai untuk jadi seorang teman hidup yang baik kot.

3. Andaikata suatu hari anda terdampar di sebuah pulau dan ada hanya mempunyai satu orang saja untuk dihubungi. Siapakah orang tersebut? Mengapa?

Ibu, kerana ibu orang terpenting dalam penting saya dan sekurang-kurangnya jika saya tidak lagi berpeluang untuk bertemu keluarga saya dapat menyampaikan salam terakhir buat mereka.

4. Jika anda mahu mimpi yang indah, apakah mimpi yang anda mahukan setiap hari? Mengapa?

Mimpi bercinta dan menjalani hidup bersama Rianti Cartwright kerana saya amat meminati watak dan kecantikan beliau dalam filem Ayat-Ayat Cinta.

5. Apa yang akan anda lakukan dalam masa sehari sekiranya anda menerima wang tunai sebanyak RM100,000. Mengapa?

Beli motor atau kereta impian kerana saya pernah kehilangan motor kesayangan dan saya pasti akan berusha untuk memperolehinya semula.

6. Jika anda diberi peluang untuk temujanji dengan orang yang paling kacak atau pun cantik, apakah konsep kejutan yang anda akan lakukan? Mengapa?

Saya akan bawa beliau ke rumah kanak-kanak spastik dan di situ beliau boleh melihat dan bermuhasabah diri supaya timbul rasa insaf dan syukur bahawa Allah telah mengurniakan kepada beliau kelebihan dan keindahan rupa berbanding orang lain dan semoga beliau tidak lupa diri.

7. Andai kata anda diculik dan penculik tersebut meminta anda memilih sama ada racun atau pun asid. Apa yang anda akan pilih? Mengapa?

Racun kerana saya lebih rela mati serta merta daripada mati diseksa scara perlahan-lahan.

8. Sekiranya ada nampak seorang lelaki memakai pakaian perempuan, apakah pandangan anda terhadap lelaki tersebut? Mengapa?

Jelik tetapi tidak menghukum kerana dia tidak meminta untuk dilahirkan sebegitu rupa. Mendoakan agar dia diberi petunjuk.

9. Jika seorang artis datang kepada anda dan mengatakan dia menghadapi masalah cinta. Sebagai doktor cinta, apakah nasihat anda sekiranya dia mahu anda menjadi pengganti kekasihnya?

Saya akan menasihati beliau agar tidak terburu-buru dalam memilih pasangan. Cuba mengenal pasti dahulu latar belakang seseorang itu dan pastikan dia seorang yang baik dan sesuai untuk menjadi pasangan hidup beliau. Jika saya rasa dia seorang yang baik mungkin saya akan cuba menerima beliau sebagai sahabat sebagai permulaan.

10. Mungkinkah anda akan mengundur diri sekiranya anda tahu kerjaya sebagai artis tidak mendatangkan kebahagian selamanya buat diri anda? Mengapa?

Ya, kerana wang atau kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Yang penting kita gembira dan puas dalam menjalani kehidupan seharian.

Ke manakah lokasi percutian anda?