Dah lama tercari-cari resepi kuih bakar ni. Tak sangka jumpa masa blogwalking kat blog Teratak Honeyz.
Minta izin untuk ambil resepi ni sebab nak cuba buat kat rumah.
Dah jadi nanti mummy tempek kat sini ye.
Resepi Kuih Bakar
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 cawan santan dari 1 biji kelapa
3 cawan air daun pandan (10 helai daun pandan)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau jika mahu
sedikit bijan yang digoreng tanpa minyak
Cara membuatnya
- Satukan tepung, gula, garam, santan dan air pandan dalam bekas. Kacau hingga sebati. Masukkan telur dan kacau lagi sampai sebati. Kemudian tapiskan. Kalau malas bolehlah diblenderkan aje bahan kemudian tapiskan.
- Lengserkan acuan kuih bakar atau loyang dengan sedikit minyak.
- Masukkan adunan yang telah ditapis kedalam acuan dan bakarkan di atas api yang kecil.
- Sekiranya anda menggunakan loyang, sila bakarkan dengan menggunakan oven dengan suhu 180'C selama 1 jam dengan api atas bawah.
- Bagi penggemar bijan, bolehlah ditaburkan bijan yang telah digoreng tanpa minyak keatas kuih bakar tadi selepas 30 minit ianya dibakar.
No comments:
Post a Comment