Tuesday, June 22, 2010

TUAH BADAN CT NURHALIZA

Alangkah bertuahnya orang yang bernama CT Nurhaliza. Walaupun hidupnya semasa kecil boleh dikategorikan sama seperti orang biasa namun sekarang siapa yang tidak tahu bahawa dia sekarang adalah seorang usahawan malah jutawan yang berjaya. Berita terbaru mengenai dirinya yang telah membida plat KCT 1 memang mendapat perhatian meluas. Hari ini CT telah menyatakan bahawa pembida plat KCT 1 itu adalah suaminya. Samalah tu kan...Dah namanya suami isteri. Apa-apa pun aku tetap kagum dengan ketabahan yang dimilikinya. Keupayaannya menepis setiap tohmahan yang menimpa dirinya tanpa melatah memang cukup aku puji...

Suami pembida plat KCT 1: Siti
Oleh Farihad Shalla Mahmud

2010/06/22

 SITI menerima replika kunci daripada Ang sambil diperhatikan Mahfar (kiri) dan Hanizam pada majlis penyerahan kereta Nissan X-Trail 2.0L di Kuala Lumpur, semalam.

SITI menerima replika kunci daripada Ang sambil diperhatikan Mahfar (kiri) dan Hanizam pada majlis penyerahan kereta Nissan X-Trail 2.0L di Kuala Lumpur, semalam.
Bintang Paling Popular ABPBH 2009 perjelas isu bidaan nombor kereta

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menjelaskan beliau bukan pembida utama nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 seperti yang dilaporkan akhbar semalam.

Sebaliknya, kata pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009 itu, pembida sebenar yang dimaksudkan adalah suaminya sendiri, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

“Apabila Siti baca laporan berkenaan, Siti amat terkejut kerana bukan Siti yang membida tetapi suami.

“Siti memang tak akan mengeluarkan belanja yang banyak seperti didakwa hanya untuk nombor pendaftaran kenderaan,” kata Siti ketika ditemui selepas majlis penyerahan kereta Nissan X-Trail 2.0L bagi pemenang Bintang Paling Popular ABPBH2009 di Bilik Pameran Nissan, Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd (ETCMSB), Jalan Raja Laut, di sini semalam.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif ETCMSB, Datuk Ang Bon Beng. Hadir sama, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali; Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan, Hanizam Abdullah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH2009; Pengurus Kanan Penajaan Pemasaran NSTP, Wan Rafilin Wan Mohd Noor serta Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar.

Mengenai hadiah kemenangannya iaitu kereta Nissan X-Trail bernilai RM130,000 itu, penyanyi lagu Biarlah Rahsia ini berkata, beliau akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu bagi mempromosikan produk kecantikan dan penjagaan diri miliknya, SimplySiti yang sudah berada di pasaran lebih dua bulan lalu.

Sementara itu, mengulas penajaan antara ETCMSB yang terjalin sepanjang acara ABPBH2009 ini berlangsung, Ang berkata pihaknya berpuas hati dan berhasrat meneruskan kerjasama ini pada masa depan.
“Kami amat berpuas hati kerana dengan kerjasama ini, matlamat kami untuk mempromosikan Edaran Tan Chong Motor sebagai sebuah syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial serta membantu meningkatkan lagi taraf dunia hiburan tanah air tercapai,” katanya.

1 comment:

Ke manakah lokasi percutian anda?