Apa yang dimaksud Serangan Jantung ?
Serangan jantung terjadi ketika aliran darah ke suatu bahagian otot jantung terhalang. Jika aliran darah tidak boleh diperbaiki dengan cepat, bahagian dari jantung tersebut akan rosak kerana kekurangan oksigen dan boleh mengakibatkan kematian.
Serangan jantung adalah pembunuh utama baik terhadap lelaki mahupun wanita. Sekarang banyak cara penyembuhan serangan jantung yang boleh menyelamatkan nyawa dan mencegah kecacatan. Rawatan sangat efektif jika dimulakan dari 1 jam setelah awal gejala.
Serangan Jantung sering terjadi kerana sebuah keadaan yang biasa disebut Coronary Artery Disease (CAD). Pada keadaan CAD, sekumpulan lemak yang disebut plak berkumpul selama bertahun-tahun pada bahagian dalam arteri koroner (bahagian arteri yang menyalurkan darah dan oksigen ke jantung). Pada akhirnya, kawasan plak tadi berkumpul dan menghalang aliran darah.
Gambar Jantung dengan jaringan otot yg rosak dan arteri yang tersumbat.
Sewaktu terjadi serangan jantung, jika halangan pada arteri koroner tidak di rawat dengan segera, otot jantung akan mula mati dan digantikan dengan bekas luka. Kerosakan pada jantung ini tidak disedari, tetapi akan menjadi masalah secara perlahan-lahan.
Beberapa masalah yang boleh dikaitkan dengan serangan jantung adalah gagal jantung dan life -threatening arrhythmias (detak jantung tidak normal). Gagal Jantung adalah sebuah keadaan dimana jantung tidak dapat mengepam darah yang cukup ke seluruh tubuh.
Tindakan cepat terhadap tanda-tanda serangan jantung akan menyelamatkan nyawa anda dan mengurangi bahaya terhadap jantung anda.
Rawatan yang efektif adalah satu jam awal gejala serangan.
Tanda-tanda dan gejala yang biasa terjadi sebelum serangan jantung adalah :
- Rasa sakit pada dada, rasa seperti tertekan, seperti diramas, sakit pada daerah tengah dada yang bisa terasa kuat atau ringan. Rasa sakit ini terjadi beberapa minit kemudian hilang dan kembali lagi.
- Rasa nyeri di salah satu atau ke dua tangan, pungung, leher, rahang atau perut.
- Pernafasan terasa pendek yang berlangsung saat rasa sakit didada atau setelahnya.
- Tanda lainnya termasuk nausea (rasa sakit di perut), pening atau pengsan, sering berpeluh sejuk.
Jika Anda atau orang terdekat anda ada yang mengalami gejala sakit jantung, lakukanlah seperti berikut :
- Telefon ambulan dengan segera.
- Jika gejala hilang dalam waktu kurang dari 5 (lima) minit, segera hubungi doktor anda.
- Usahakan menggunakan ambulans ke hospital kerana di dalam ambulan biasanya terdapat peralatan pertolongan cemas terhadap serangan jantung.
- Minum pil nitroglycerin dari doktor anda seperti nasihat doktor jika anda memang pesakit jantung.
Setiap tahun sekitar 1,1 juta orang di Amerika terkena serangan jantung, dan sebahagian meniggal dunia. Serangan Jantung adalah pembunuh utama baik lelaki mahupun wanita di Amerika.
Jika anda merasakan gejala seperti diatas, segeralah melakukan berbagai pencegahan dan perawatan. Serangan jantung dapat membunuh hanya dalam waktu kurang dari satu jam.
Salah satu alat kesihatan yang sudah banyak dipakai penderita jantung untuk mengurangi sakit jantung dan melancarkan peredaran darah adalah kalung biofir, anda dapat memperoleh maklumat lebih lanjut tentang kalung biofir di Biofir Center Indonesia.
Maklumat diperolehi dari sini.
replica bags sydney replica bags wholesale india replica bags joy
ReplyDeleteweblinkclick now this websitecheck it out find thisvisit this website
ReplyDelete