Tuesday, June 1, 2010

NATURAL SPA FISH

Macam best je dengar tajuk tu kan. Memang best pun bagi sesiapa yang pernah merasainya.
bagi aku pengalaman pertama berada di sini sungguh mengujakan. Selama ini aku hanya mendengar tentang SPA IKAN SEMULAJADI ni tapi sekarang aku sendiri telah bertandang kesini.

Papan Tanda Selamat Datang.
Sungai MOROLI, KG. LUANTI BARU, RANAU, SABAH.




Sekitar kawasan sungai ni...redup dan nyaman sekali.


Inilah dia ikan-ikan kelah yang besar-besar. Mulanya suspen juga
takkan ikan sebesar ini yang akan menggigit kaki ku ini.
Adoi.....
Ikan kelah ni kalau bakar mesti sedap kan...tapi awas anda tidak dibenarkan
sama sekali untuk menangkap mahupun mencederakan ikan-ikan ini kerana
di sini ada sentiasa diawasi.


Tu dia...ikan-ikan dah mula datang. Sebenarnya banyak tapi sengaja ku halau
biar dia menggigit kaki orang lain sebabnya...saaakiiiittt.


Sebenarnya yang menggigit tu bukan ikan kelah tetapi ikan yang kecik-kecik tu.


Tu dia ikannya. Sesiapa yang tahan bolehlah rendam kaki lama-lama. Sure bersih segala
kuping-kuping kat kaki tu. Kalau nak lagi bersih bolehlah berendam satu badan.
Nama ikan tu lupa pula aku nak tanya. Yang pasti ikan kelah tu aku kenal ye...

3 comments:

  1. besar nyer ikang.... takut la plak nak spa kaki heheh biasa buat ikan yg kecik2 jer... bygkan plak rendam satu badan ngan ikan yg besar tu... mesti geli satu badan eheheh

    ReplyDelete
  2. kenapa yang baju putih tuh di censored kan picture dia? :p

    ReplyDelete
  3. wah..bestnye akk..
    ikan tu plak besar2!

    ReplyDelete

Ke manakah lokasi percutian anda?