Tuesday, June 15, 2010

RESEPI CHEEZY WEDGES

Ni resepi Chezzy Wedges kegemaran anak-anak aku.
Kalau pergi KFC, tak oder 2, 3 tak sah.
Bukan budak-budak je yang suka bapa budak pun
tumpang sekaki.



CHEESY WEDGES

BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (boleh guna cheese slices)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar sour cream (boleh ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.

OK PUAN-PUAN SELAMAT MENCUBA (baca dengan gaya chef wan tau)

8 comments:

  1. Tasbih Alam .. terimakasih kerana mengunjungi blog saya. Semoga bertambah ukhwah islamiah kita, Insyallah.

    ReplyDelete
  2. Nana...memang diet tapi bila dah pg kfc tu dah tak ingat diet...

    ReplyDelete
  3. suke2.. nk try lah.. :)

    ReplyDelete
  4. nak tnyee psal resepi wedges .. kalau susu segar tu susu cair apa sje ker?

    ReplyDelete
  5. WAH...TERLIUR LA. NK PG TESCO SKRG JUGA NK BELI WEDGES!

    ReplyDelete
  6. aku da try tp pakai keju cheesdel ke hape brand tu....naik pening dibuatnye....hahahhaa. terlebey rase cheese. nie nk gi try beli brand emborg plak yg kaler oren2 cket...hrp2 menjadik la.

    ReplyDelete
  7. kak , sos warna putih kt cheese wedges tu sos keju ke??

    ReplyDelete

Ke manakah lokasi percutian anda?